Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Izzah: PAS kelirukan rakyat jika tanding Permatang Pauh

SHAH ALAM: Tindakan PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calonnya di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Menurut beliau, apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS pada masa kini adalah mencari strategi bagaimana untuk menewaskan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Saya rasa mereka (PAS Permatang Pauh) perlu memikirkan kembali
Loading...
keputusan mereka dan cari fokus berlawan BN.

“Jika tidak pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen Nasional Amanah, hari ini.

Izzah mengulas pendirian PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calonnya di kerusi parlimen berkenaan, termasuk di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14.

Terdahulu Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad berkata meskipun PAS 'berminat' terhadap kerusi berkenaan namun partinya tetap terbuka sekiranya PKR tetap mahu meletakkan calon.

Buat masa ini kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Seberang Jaya, Penanti dimiliki PKR dan Permatang Pasir dipegang oleh wakil rakyat PAS.
Loading...
Back To Top