Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Gambar Lucah Peminjam Wang Tersebar Di Media Sosial

Terkini, beribu gambar bogel yang melibatkan pelajar wanita di universiti di China, yang dijadikan sebagai jaminan untuk meminjam wang, telah bocor di dalam media sosial.

Dalam pada itu, gambar-gambar berkenaan telah dimuat turun dan dikongsikan oleh pengguna Internet. Mengikut laporan, sumber gambar bogel itu adalah platform bagi peminjam wang dikenali sebagai Jiedaibao.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui siapa yang menyebarkan gambar-gambar terbabit. Majoriti peminjam adalah wanita muda yang dilahirkan antara tahun 1993 hingga 1997.

Selain itu, jumlah sebenar mangsa tidak diketahui namun ada sesetengah pemiutang dikatakan turut meminta peminjam merakamkan gambar mereka bermasturbasi. Sebagai pertukaran, wanita terbabit akan ditawarkan pinjaman yang tinggi, dengan kadar antara dua ke lima kali jumlah pinjaman biasa.

Pada masa yang sama, kadar faedah mingguan yang dikenakan

Loading...
adalah 3 peratus. Gambar-gambar bogel itu akan digunakan ke atas wanita terbabit jika mereka gagal membayar hutang.

Syarikat peminjam wang dalam satu kenyataan memaklumkan penggunaan gambar bogel sebagai jaminan merupakan perjanjian peribadi antara peminjam dan pemiutang. Selain itu, kad pengenalan peminjam juga akan disimpan oleh syarikat peminjam wang tersebut.

Kejadian sebegini bukan kali pertama gambar bogel wanita yang meminta wang, dibocorkan malah pada Jun lalu, gambar sama telah memenuhui ruang forum Internet.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Loading...
Back To Top