DIALOG RAKYAT |
- Bekalan air Selangor dan KL pulih lebih awal
- 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain
- Ratu Naga dakwa diserang pengikut Jamal ketika hantar 'bantuan' air [TONTON VIDEO]
- Tak perlu muka tak mandi beritahu tiada air
- Dividen ASB 6.75 sen, bonus 0.50 sen
- Pandang kunjungan Hadi ke Tehran dari sisi lain - Tuan Ibrahim
- Datuk, isteri parah ditetak perompak
- Premis hotel dan resort Jamal beroperasi tanpa lesen disita, diroboh serta merta
- Usaha kerjasama PKR, PPBM dengan Pas wajar dijayakan
Bekalan air Selangor dan KL pulih lebih awal Posted: 22 Dec 2016 04:35 AM PST MALAYSIA DATELINE
Pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya dilaksanakan Air Selangor dalam tempoh tiga hari berbanding jangkaan awal enam hari. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata laporan yang diterima setakat jam 7 pagi tadi menunjukkan status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat telah selesai 100% bagi Zon 1 dan 99.5% bagi Zon 2. "Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor yang berusaha gigih sepanjang waktu menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas."Keselesaan pengguna air adalah keutamaan Kerajaan Negeri Selangor khususnya sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah. "Saya juga mengucapkan Selamat Hari Natal dan selamat menyambut Perayaan Solstis Musim Sejuk pada mereka yang meraikan. Semoga sambutan kedua-dua perayaan ini merapatkan hubungan muhibbah sesama rakyat Negeri Selangor," ujar Azmin. Kerajaan Negeri Selangor, tambah beliau akan terus memantau keadaan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi bagi pengguna di Lembah Klang. |
169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain Posted: 22 Dec 2016 04:33 AM PST Oleh HUSEIN MAHAT | Foto WAN ZAHARI SALLEH
Perdana Menteri perlu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan dirinya yang berjumlah 169 orang bersesuaian dengan langkah jimat cermat yang diumumkan beliau. Malah jumlah kakitangan seramai 169 orang itu secara relatifnya amat besar berbanding jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang. "Daripada 169 kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk Datuk Seri Najib Razak, tiga orang ialah tukang masak, seorang ketua pelayan, empat pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi beliau dan isteri," dedah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.Menurut Rafizi, dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Najib kekal tinggi berbanding kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Malah tambah Naib Presiden PKR itu, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri. "Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya. Dalam sidang media di pejabat Invoke Space, Sungai Besi, petang tadi, Rafizi turut menyenaraikan kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri. Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid. "Pada jumlah 169 orang, ini bermakna Datuk Seri Najib menggunakan satu pertiga jumlah kakitangan White House yang berkhidmat khusus kepada beliau sedangkan skop dan kerumitan pentadbiran Amerika Syarikat adalah beratus kali ganda lebih rumit dari Perdana Menteri Malaysia," tegasnya. "Sebab itu saya menyeru Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunjukkan teladan yang baik dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediaman mereka yang dibayar dengan wang rakyat, agar tenaga kakitangan sedia ada disalurkan kepada jabatan-jabatan lain yang lebih berurusan dengan rakyat. Rafizi turut menyeru Najib mengumumkan sendiri bentuk penimatan kos yang dibuat oleh beliau di pejabat dan kediaman rasmi beliau supaya ia mampu mengarahkan ketua-ketua jabatan lain mengurangkan belanja. |
Ratu Naga dakwa diserang pengikut Jamal ketika hantar 'bantuan' air [TONTON VIDEO] Posted: 22 Dec 2016 04:27 AM PST ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Blogger kontroversi, Ratu Naga mendakwa diserang oleh penyokong Datuk Seri Jamal Md Yunos ketika cuba membantu membekalkan air ke rumah Ketua Gerakan Baju Merah itu di Ampang, sebentar tadi. Dalam postingnya di Facebook, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mempersoalkan tindakan Jamal dan pengikutnya menyerang beliau dengan air, tepung dan telur, sedangkan beliau datang ke rumah Jamal untuk memberikan bantuan air.
"Jamal boleh campak berbaldi-baldi air serta tepung dan telur pada saya tapi Jamal kata tak ada air kat rumah dia.
"Hari ini pagi pada pukul 10, saya aturkan NGO tiga orang bersama dengan bantuan air nak hantar ke rumah Jamal. Tapi bila tiba sana Jamal bersama 30 orang dia kepung saya dan saya turun seorang dari kereta sebab nak hantar bantuan air.
"Kemudian orang Jamal campak air, lari dan mula bergelut sambil baling telur. Berlaku pergaduhan di situ dan saya terpaksa bergelut dengan orang Jamal sambil dilindungi suami saya. Tapi saya tak beranjak dan tetap bergelut. Mereka kata 'jangan kacau Jamal.. jangan kacau Jamal'.
"Saya tak faham kenapa bila kami nak hantar air, Jamal buat macam ni? Jadi selama ini Jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatian bila kala kami NGO kebajikan nak hantar air," ujarnya.
Difahamkan, bantuan air itu ekoran daripada protes yang dianjurkan oleh Jamal semalam.
Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar itu datang ke pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di Shah Alam, semalam, dengan hanya berkain tuala sebagai protes kerana rumahnya mengalami gangguan bekalan air sejak Isnin lalu.
|
Tak perlu muka tak mandi beritahu tiada air Posted: 22 Dec 2016 04:18 AM PST Oleh DR AZMAN IBRAHIM Saya bermastautin di Kubang Kerian dari tahun 2000 lagi. Setakat ini tak pernah lagi saya tak dapat mandi pagi sebab tak ada air. Klinik saya pun tak pernah lagi tak dapat beroperasi sebab ketiadaan air. Kualiti bekalan air adalah relatif bergantung kepada dari mana sumber air itu datang sama ada dari telaga tiub atau loji pemprosesan yang bersumberkan air sungai. Sebagaimana langit tak selalunya cerah, begitulah juga air sungai tak selalunya jernih. Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), Ir Hanafi sahabat baik saya. Sekarang beliau berkhidmat di Bahagian Kejuruteraan MPKB. Darinya saya dapat sedikit maklumat berkenaan projek bekalan air Kelantan yang dibiayai dengan pinjaman dari Kerajaan Pusat. Sebenarnya Kerajaan Pusat yang buat spesifikasi projek, Kerajaan Pusat yang pilih kontraktor, Kerajaan Pusat juga yang luluskan kerja-kerja projek. Bila siap kerja, Kerajaan Pusat akan masukkan duit dalam akaun AKSB untuk pembayaran kepada kontraktor yang berkenaan. Mudah sebut, duit pinjaman hanya lalu saja melalui AKSB untuk bayar kepada kontraktor tanpa pihak AKSB mempunyai autoriti untuk campur tangan dalam kerja-kerja yang dijalankan. Tanggungjawab AKSB seterusnya ialah untuk bayar balik pinjaman ini setiap bulan. Lantaran itu, bila wujud masalah berkaitan kualiti atau tekanan air dan sebagainya, perlu tengok banyak faktor. Jangan terus menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Apakah projek bekalan air yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ini benar-benar menepati spesifikasi yang sepatutnya atau sebaliknya? Kalau kita nak bercakap tentang kualiti air, dalam kawasan Parlimen Batang Sadong, tempat kami pernah bertugas semasa Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini letaknya bukannya jauh pun dari Bandaraya Kuching. Dalam 2 jam saja perjalanan Kuching-Batang Sadong. Tapi airnya lebih banyak warna teh uncang dari jernih. Setiap rumah ada tong buat tadah air hujan. Tadahan air hujan menjadi sumber bekalan air penduduk. Padahal alangkah luasnya Sungai Batang Sadong yang tak pernah kering. Ini pula negeri pure BN! Sepatutnya kualiti bekalan air bertaraf air mineral. Kuala Terengganu negeri BN pun selalu terputus bekalan air. Pahang lagi teruk, terutama bekalan air di kawasan-kawasan Felda. Lantaran itu bila kita bercakap soal masalah bekalan air, jangan cepat menuding jari kepada sesiapa. Ini adalah masalah bersama kita semua. Air adalah keperluan asas yang tak perlu dipolitikkan. Putusnya bekalan elektrik lebih ringan kerumitan bagi orang ramai berbanding putusnya bekalan air. Pembangunan rancak berjalan, kawasan penempatan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan lantaran pertambahan penduduk. Apakah pembangunan bekalan air juga berjalan seiring dengan keperluan pembangunan? Tak perlulah nak letak berus gigi atas telinga, pakai towel, bawa pencedok air, berdiri tepi jalan dengan muka orang tak mandi kerana nak beritahu rumah dia tak ada air. Memalukan! - |
Dividen ASB 6.75 sen, bonus 0.50 sen Posted: 22 Dec 2016 04:15 AM PST ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Amanah Saham Nasional Bhd hari ini mengumumkan gihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Tahun lepas, syarikat mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
Anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, berbanding 6.10 sen seunit tahun lepas.
Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7 peratus.
"Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ketiga berturut-turut. FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Disember 2015 kepada 1,619.1 mata pada 30 Nov, 2016," katanya dalam taklimat media di ibunegara hari ini.
"Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi oleh |
Pandang kunjungan Hadi ke Tehran dari sisi lain - Tuan Ibrahim
Posted: 22 Dec 2016 04:14 AM PST
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Datuk, isteri parah ditetak perompak
Posted: 22 Dec 2016 04:08 AM PST
Premis hotel dan resort Jamal beroperasi tanpa lesen disita, diroboh serta merta
Posted: 22 Dec 2016 02:36 AM PST
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.
Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.
Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.
Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.
Jamal turut memaklumkan kerja meroboh premis perniagaannya oleh MDSB sedang dilakukan itu dakwanya atas arahan menteri besar.
"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.
Malah dakwa Jamal pula semua syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.
" Lesen sudah dimohon lima tahun. Semua syarat dan bayaran telah dibuat tetapi lesen tidak diberi oleh MDSB," ujarnya.
LIHAT VIDEO BERKAITAN
Usaha kerjasama PKR, PPBM dengan Pas wajar dijayakan
Posted: 22 Dec 2016 02:29 AM PST
Oleh MUAMMAR QADDAFI
Walaupun perjanjian persefahaman Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditandatangani yang bakal menyaksikan pertandingan satu penjuru sesama mereka pada PRU14 akan datang, usaha mengelakkan tiga penjuru antara parti-parti pembangkang termasuk Pas masih wajar dijayakan.
Tiga penjuru sememangnya sudah tidak dapat dielakkan pada PRU ke 14 akan datang, pertembungan antara BN, Pakatan Harapan, dan blok ketiga adalah perkara yang hampir pasti berlaku, namun jika wujud sekurang-kurangnya kerjasama politik antara PKR dan Pas, juga PPBM dan Pas, jumlah pertembungan tiga penjuru dapat dikurangnya, kata pepatah, "tak dapat rebung, akarnya jadilah".
Contohnya, jika PKR bakal bertanding 99 kerusi, maka 97 kerusi PKR boleh memfokuskan dua penjuru melawan BN (Permatang Pauh dan Kuantan tidak dikira kerana pihak Pas di kedua kawasan sudah mengumumkan untuk letak calon), begitu juga dipihak PPBM, kerjasama politik dengan Pas akan membantu sekurangnya 20-30 kerusi calon PPBM menentang BN tanpa gangguan dari pihak Pas.
Kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, ia bermakna sekurangnya 130 kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan dan PPBM tidak akan melibatkan 3 penjuru kecuali di lebihan kerusi yang akan ditandingi AMANAH dan DAP.
Di pihak DAP, penyertaan Pas pastinya sangat dialu alukan untuk memecahbelahkan undi orang melayu, DAP yang umumnya bertanding di kerusi majoriti cina pastinya akan mempunyai kelebihan sekiranya perkara ini berlaku. Kita boleh lihat respon DAP apabila Pas mengumumkan akan meletak calon mereka di kerusi DAP, tidak ada seorang pun pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan menentang dan menolak penyertaan itu. Jadi, tambahan dari 130 kerusi (PKR & PPBM) sejumlah 180 kerusi boleh dikatakan Pakatan mampu bergerak selesa sekiranya Pas benar bersetuju bekerjasama dengan PKR dan PPBM.
Cuma Amanah, pastinya akan melalui sedikit laluan getir apabila terpaksa berdepan tiga penjuru diantara BN - AMANAH - PAS, laluan getir bukanlah bermakna tanpa peluang menang, di pantai Barat, Amanah mampu mengatasi PAS apatah lagi di negeri Selangor, keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar baru baru ini
AMANAH mendahului PAS di Selangor, apatah lagi jika penggunaan satu logo, AMANAH juga mempunyai potensi yang baik di Pulau Pinang dan Johor, manakala kekuatan sama rata di Perak, Kedah, dan Kelantan. Satu satunya negeri dimana AMANAH terpaksa melalui jalan yang sukar dan mencabar adalah negeri Terengganu.
AMANAH sekurangnya perlu pertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu untuk mencipta nama dan laluan yang lebih baik pada pilihan raya yang ke-15.
Di pihak Pas, walaupun jika mereka bersetuju bekerjasama dengan PKR dan PPBM, iaitu situasi dimana Pas dan kedua parti Pakatan Harapan itu bersetuju berdepan BN dengan dua penjuru, namun kedudukan
Pas tidak akan sebaik PKR dan PPBM kerana setiap kerusi Pas bertanding, katakan 70 kerusi, maka dikesemua 70 kerusi itulah Pas akan berdepan AMANAH, dan menjadikan Pas akan bersaing tiga penjuru di kesemua kerusi yang mereka masuk bertanding.
Jadi, sebarang usaha kedua parti tersebut untuk mempastikan kerjasama politik bersama Pas, wajarlah disokong kerana ia tidak lain melainkan membawa kebaikan kepada Pakatan Harapan.
Pun begitu, melihat rekod lama sebelum ini, PKR harus bersedia untuk sekali lagi dikhianati oleh Pas pada PRU14 kerana pertembungan tiga penjuru antara Pas dan PKR pasti akan tetap berlaku lebih dari dua kerusi yang disebut, begitu juga PPBM yang harus bersedia untuk rasa dikhianati oleh Pas dan mudahan pengalaman itu akan lebih mematangkan pimpinan PPBM berdepan PRU15.
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |