DIALOG RAKYAT |
- Mahkamah Rayuan putuskan Guan Eng tidak boleh saman media
- Juruterbang TUDM maut pesawat terhempas
- Penumpang cemas, tayar pesawat AirAsia pecah di KLIA2
- Cina Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda
- Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi Marzuki
- Kerajaan negeri Pahang lepas tangan pantau aktiviti haram, kata MP Kuantan
- 'Siapa kata kita tak siasat Mahathir?'
- Pakatan kemuka Kabinet bayangan tahun depan
- Kesatuan KTMB bimbang 4,000 hilang kerja selepas perjanjian
- Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan meninggal dunia
- Permit Eaglexpress Air dibatalkan
- Tiga hari derita dikurung, diseksa bekas teman lelaki
- Bekalan air pulih 99 peratus di kawasan Zon 1
- 25 rumah setinggan di Klang Lama hangus dijilat api
- Khairuddin Abu Hassan yakin PH beri kerusi pada PPBM
- Presiden PAS dan timbalannya tiada kuasa buat keputusan sendiri - AJK PAS Pusat
- Jamal Yunos bertuala ke SUK tanda protes tak ada air
Mahkamah Rayuan putuskan Guan Eng tidak boleh saman media Posted: 21 Dec 2016 05:25 AM PST ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak boleh menyaman media kerana memfitnah atas kedudukan rasmi beliau.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan rayuan Perkasa dan dua media arus perdana mengenai saman Lim berkaitan kenyataan Perkasa yang didakwanya membayangkan bahawa beliau adalah 'ejen Singapura'.
Rohana berkata, panel itu membuat keputusan berkenaan kerana berpegang dengan keputusannya dalam kes Utusan Melayu (M) Bhd. lwn Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa pegawai awam tidak boleh menyaman media kerana memfitnah atas kedudukan rasmi masing-masing.
Katanya, mahkamah menerima prinsip yang diputuskan dalam satu kes undang-undang Britain, Derbyshire County Council lwn The Times Newspapers Ltd & Others (1993), yang menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan berkaitan memfitnah atas kedudukan rasminya.
"Mengenai isu prinsip undang-undang dalam keputusan kami dahulu (Utusan lwn Adnan), setelah menimbang rayuan yang dikemukakan, kami berpendapat bahawa kes Utusan lwn Adnan terpakai dalam kes ini," kata Rohana, yang bersidang bersama-sama Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Hakim Datuk Mary Lim.
Panel itu membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal yang ditimbulkan perayu bahawa kes itu sama dengan kes Utusan lwn Adnan.
Panel yang sama juga membuat keputusan dalam kes Utusan lwn Adnan pada 1 Mac tahun ini. Adnan menyaman Utusan Melayu berhubung penyiaran sebuah artikel dalam Mingguan Malaysia pada 9 November tahun lepas.
Dalam kes hari ini, perayu terdiri daripada Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa, bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk Syed Nazri Syed Harun dan The New Straits Times Press (M) Sdn. Bhd. serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Berhad.
Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Mac 2015, yang membenarkan saman Guan Eng terhadap mereka serta memerintahkan mereka membayar ganti rugi berjumlah RM550,000 setelah mendapati kenyataan berkenaan berbaur fitnah terhadap Guan Eng.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Ruslan, Ibrahim dan Perkasa membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am dan teruk; Syed Nazri dan NSTP membayar RM200,000; dan Abdul Aziz serta Utusan Melayu membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk.
Bagaimanapun, kata Rohana, setelah mendengar hujah mengenai merit dalam rayuan berkenaan dan setelah membaca hujah bertulis daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati empat isu utama yang ditimbulkan defendan (perayu) sebagai asas rayuan, tidak mempunyai sebarang merit.
"Kami bersetuju dengan penemuan fakta oleh hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan oleh itu, tiada alasan bagi kami untuk campur tangan dalam dapatan beliau tentang fakta bahawa dakwaan memfitnah itu tidak dapat dipertahankan. Oleh itu, kami mengesahkan dapatan hakim Mahkamah Tinggi tentang liabiliti defendan (perayu) terhadap beliau (Guan Eng)," katanya.
Mengenai jumlah ganti rugi, Rohana berkata, hakim Mahkamah Tinggi itu terkhilaf apabila mengambil kira ganti rugi teruk ketika menentukan jumlah keseluruhannya sedangkan ganti rugi itu tidak pernah diperakui dalam saman berkenaan.
"Setelah mengambil kira fakta kes dan setelah membuat pertimbangan, kami berpendapat bahawa ganti rugi sewajarnya adalah seperti berikut," katanya.
Beliau kemudian mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM550,000 kepada RM150,000.
Pada 11 Mei 2012, Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap tujuh defendan berkenaan dengan mendakwa bahawa Ruslan menyiarkan kenyataan di laman sesawang Perkasa pada 1 Oktober 2011, yang meminta ahli perniagaan Datuk Mohamad Azman Yahya memberi penjelasan tentang pertemuannya dengan Datuk Seri Kalimullah Hassan dan seorang pemimpin kanan PAP di Singapura pada 12 Ogos 2011.
Guan Eng mendakwa, kenyataan itu membayangkan bahawa beliau membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara ini kepada Singapura dan oleh itu, menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi khas sebanyak RM15 juta, serta faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
|
||||||
Juruterbang TUDM maut pesawat terhempas Posted: 21 Dec 2016 05:23 AM PST ANTARAPOS.COM
BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang turut membawa tiga kru udara, yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu. Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar. Pihak TUDM dilaporkan dapat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini. Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat. |
||||||
Penumpang cemas, tayar pesawat AirAsia pecah di KLIA2 Posted: 21 Dec 2016 05:20 AM PST ANTARAPOS.COM
SEPANG: Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas pagi tadi apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki pecah sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Ketika kejadian jam 5.45 pagi, pesawat AirAsia penerbangan AK12 dari Chennnai, India itu sedang melakukan pendaratan di Landasan 33.
Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat.
Syarikat itu turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penumpang.
|
||||||
Cina Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda Posted: 21 Dec 2016 01:54 AM PST APA yang membezakan Malaysia dengan banyak negara bekas tanah jajahan di segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan ialah kita memulakan proses perindustrian awal. Masa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 industri yang ada hanyalah memproses bahan-bahan mentah untuk eksport macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.
Segala barang keperluan pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport, khususnya dari England, United Kingdon atau daripada "empire" iaitu tanah-tanah jajahan Inggeris seperti Hong Kong dan India yang sudah ada industri.
Kita memulakan proses perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.
Itulah asal usul bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh pelaburan daripada negara-negara Eropah yang lain dan, paling ketara, daripada Jepun.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.
Mula Jual Tanah
Kerajaan telah mula menjual industri strategik yang kita bina sendiri kepada orang asing dan sejak setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak dan digadai kepada orang asing.
Skandal penipuan 1MDB terus merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.
Pada awal bulan ini, akhbar Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.
1MDB berhutang kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan tak untung. Rugi ada.
IPIC telah kemuka saman ke atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi.
Duit sendiri memang tak ada. Bukan saja berniaga tak untung tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yang sedang siasat pengalihan duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap.
Skandal 1MDB bukan saja memalukan negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan dapati bersalah beberapa orang yang jadi orang tengah mencuri dan menggelapkan duit 1MDB.
Tapi Peguam Negara Malaysia (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.
Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yang direka oleh seorang Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low. Kalau dia berniaga atas angin bersendirian itu hak dialah. Di negara kita ada macam-macam skim perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya raya dan dibagi gelaran datuk oleh raja Melayu.
Tapi dalam hal 1MDB ini ia babitkan kerajaan Malaysia – ertinya kita semua – melalui Kementerian Kewangan. 1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion jadi hutang kita semua.
Secara teknikal Malaysia dah "insolvent" atau tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat hutang 1MDB.
Jho Low sudah lama cabut dari Malaysia. Dia dan konco-konco yang termasuk anak tiri Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
Ikut taksiran Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low dan gengnya, termasuk anak (Datin Seri) Rosmah Mansor bernama Riza Shahriz Abdul Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) duit yang dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja. Minta Sedekah Dari China
Sekarang, akibat perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga Mohd Najib Tun Abdul Razak itu, negara kita terpaksa minta sedekah kepada China.
Umno takut-takutkan orang Melayu terhadap DAP tapi yang menipu kita semua adalah Cina kawan Perdana Menteri sendiri.
Kita tahu negara komunis China tak akan bantu 1MDB atau kerajaan Malaysia cara percuma atau sukarela. Mesti ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quit pro quo. Dalam bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau.
China akan bantu pasal sudah pun dibagi kontrak dan projek beratus bilion ringgit oleh kerajaan Najib macam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur berharga RM55 bilion, pembelian 10 buah kapal peronda persisiran berharga RM300 juta tiap satu, Projek Bandar Malaysia di atas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan kilang penjana elektrik.
Dalam masa tak sampai 10 tahun, China muncul sebagai pelabur, pemaju hartanah dan kontraktor asing yang paling agresif dan dapat layanan istimewa di Malaysia sampai jejaskan kedudukan pemaju tempatan.
Pada 22 November lepas agensi berita ekonomi antarabangsa Bloomberg siar rencana berkenaan "bandar raya China" bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) yang sedang dibina di Johor.
Antara lain berita itu kata, pemaju dari China yakin Johor Baru yang dekat dengan Singapura akan jadi Shenzhen baru. Shenzhen ni adalah bandar raya baru di tanah besar China ke utara Hong Kong.
Ungkapan "the next Shenzhen" atau Shenzhen baru itu sangat menarik. Tapi kalau kita faham sangat menakutkan. Johor Baru akan jadi Shenzhen baru sebab kebanyakan harta yang sedang dimajukan di situ ditujukan khas kepada pembeli dari China dan Singapura.
China banyak duit dan selera pelabur China sangat besar. Menurut Bloomberg, projek yang akan jadi "Shenzhen baru" itu dikenali sebagai Forest City dan mampu tempatkan 700,000 penduduk. Pembinaan bermula Februari lalu dan 8,000 unit apartmen dah dijual. Ia adalah projek terbesar di antara kira-kira 60 projek di Iskandar Malaysia yang semuanya akan menambah setengah juta kediaman yang ditujukan kepada pembeli luar negara, khususnya dari China dan Singapura.
Kalau kita tak jaga-jaga dan kita biar orang tamak bermaharajalela, boleh jadi kita akan alami masalah kependudukan dan percanggahan budaya yang sangat besar.
Sekarang pun sudah ramai rakyat tempatan, khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera miskin, dah terpinggir dan tertindas akibat persaingan daripada pendatang Singapura yang lebih kaya.
Sebaliknya rakyat jelata kita yang ada kemampuan tak berminat dengan harta di "next Shenzhen" sebab mereka dah ada rumah di Australia, New Zealand, England, Amerika Syarikat dan Kanada atau sedang berkira-kira berhijrah ke luar negara.
Kita juga tak boleh pandang ringan kemungkinan negara kita, khususnya Johor, dibanjiri pemastautin asing yang beza bahasa dan budaya dengan kita atau yang tak hormati kepelbagaian kaum kita.
Sifat tamak dan gila duit orang kita yang berkuasa boleh sebabkan negara dijajah semula melalui pemilikan ekonomi dan pemberian hutang. Akhirnya kita terpaksa hantar "bunga emas" kepada China macam raja-raja kita buat pada zaman dulu kala.
Inilah bencana yang sedang timpa kita akibat sabotaj ekonomi dalam bentuk 1MDB.
Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP tapi di belakang mereka, kerajaan yang Umno pimpin dah ditipu oleh Cina Jho Low kawan keluarga Najib.
Banyak tanah dan harta pusaka dah dijual-gadai kepada negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yang Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB. Dia curi duit untuk bersuka-suka, negara kita yang jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yang kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.
Inikah wasatiyyah?
Wallahuaklam.
|
||||||
Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi Marzuki Posted: 21 Dec 2016 01:51 AM PST MALAYSIA DATELINE
Beliau yakin parti itu mampu memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian. "Pas akan menyertai PRU akan datang sebagai Gagasan Sejahtera dengan Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia), dan cuba memenangi sebanyak mungkin kerusi. Sasaran kita adalah (membentuk) gabungan pasca pilihan raya. "Mungkin kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Ketika itu, kita akan melihat gabungan mana paling boleh berkompromi dan menghormati kita," katanya seperti dipetik FMT hari ini. Beliau mengulas gesaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk Pas kekal dalam keadaan sedia ada, iaitu tidak bekerjasama dengan BN atau PH dan menjadi pengimbang kerajaan selepas PRU nanti. "Sebab itu saya kata Pas perlu berada di kedudukan sekarang kerana dia boleh jadi pengimbang di mana ada dua parti dalam kerajaan pemerintah nanti. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu mengambil contoh Indonesia, di mana beberapa parti akan bekerjasama menubuhkan sebuah kerajaan campuran setiap kali selesai Pemilihan Umum (Pemilu). "Kebetulan Malaysia juga merupakan sebuah negara membangun. Tetapi banyak negara maju yang beralih kepada sistem kerajaan campuran kerana sistem dua parti ada kelemahannya," katanya sambil mengingatkan Pas terpaksa berkompromi daripada segi ideologi dan dasar ketika menyertai Pakatan Rakyat. Ketika itu, Malaysia yang selama ini didominasi BN dikatakan menuju sistem dua parti, iaitu BN dan Pakatan Rakyat adalah kuasa politik utama. Zuhdi berkata, selepas membentuk gabungan dengan pakatan parti lain, Pas akan meneruskan dasar serta agenda sedia ada dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan hak orang Melayu dan Islam, termasuk usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat. "Kita tidak akan berkompromi dengan tonggak Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak istimewa Melayu dan Islam serta kedudukan raja-raja Melayu. Begitu juga RUU 355 yang sebenarnya termasuk dalam aspek Islam sebagai agama persekutuan. "Dan ia juga perlu ditunjukkan secara jelas, bukan sekadar atas kertas seperti ketika Pakatan Rakyat dulu. Buku Jingga menggariskan hak Melayu dan Islam, tetapi semangatnya tidak didokong DAP yang mendominasinya." Pas sebelum ini dilaporkan tiada masalah bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR, tetapi bertegas tidak akan menyertai PH kerana enggan bersama DAP dan Amanah. Pas mengumumkan kerjasama politik dengan Ikatan yang kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera, pada 13 Ogos lalu. |
||||||
Kerajaan negeri Pahang lepas tangan pantau aktiviti haram, kata MP Kuantan Posted: 21 Dec 2016 01:45 AM PST MALAYSIA DATELINE
Beliau menegaskan seharusnya kerajaan negeri tidak lepas tangan dan tutup sebelah mata membiarkan pengusaha haram melakukan aktiviti di kawasan berkenaan secara berlarutan. Malah ujarnya lagi kabinet juga gagal menyelesaikan masalah yang mana mendedahkan warga Kuantan kepada risiko pencemaran air sungai dan bekalan air bersih. "Walaupun warna merah tidak nampak begitu jelas dengan mata kasar, namun yang kita tidak nampak dengan mata kasar iaitu pencemaran kualiti air akan meninggalkan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga Kuantan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau memberikan respon kepada kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam, yang tidak menolak kemungkinan berlaku perlombongan haram bauksit sepanjang pelaksanaan tempoh moratorium, hampir setahun lalu. "Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ini memang merupakan hakikat yang telah berlaku. "Warga Kuantan di sekitar kawasan perlombongan bauksit dan kawasan sekitar stokpile sedia maklum akan perkara ini kerana mereka sendiri lihat jumlah stokpile tidak surut dalam keadaan lori bawa bauksit keluar masuk tanpa henti setiap hari, walaupun sudah hampir setahun moratorium diumumkan ke atas industri bauksit. "Malah saya sendiri pun sudah membuat kenyataan berkenaan aktiviti korek sambil angkat bauksit sebelum ini. Kenyataan Menteri Datuk Wan Junaidi semalam mengesahkan bahawa jumlah stokpile tidak surut. Jawapan yang logik hanyalah perlombongan haram telah berlaku," ujarnya. Fuziah berpandangan beberapa perkara harus diputuskan di dalam mesyuarat kabinet. Ianya bukan setakat menambahkan tempoh moratorium kerana tindakan menambah moratorium ujarnya lagi tidak menjanjikan penyelesaian masalah secara total. Justeru beliau menyenaraikan tiga perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri dan persekutuan. "Perlu di senarai hitamkan kesemua syarikat yang telah menerima AP |
"Perlu di buat keputusan bagaimana stokpile tersebut boleh di bersihkan tanpa melibatkan syarikat perlombongan. Mungkin civil society groups (NGO) yang mahu lihat kawasan stokpile dibersihkan boleh dilibatkan didalam proses membuat keputusan ini.
"Kabinet juga wajar memikirkan bagaimana kah cara untuk rehabilitasi tapak lombong di hulu sungai di mana terdapat muka sauk untuk loji rawatan air dan di mana terdapat kawasan perumahan penduduk. Hakisan dari bekas lombong serta stokpile yang masih menimbun akan terus mencemari air sungai dan seterusnya air minuman kami warga Kuantan. Ianya juga membawa risiko banjir lumpur seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sendiri sebelum ini," ujarnya.
Artikel berkaitan : Tidak tolak bauksit dilombong dalam tempoh moratarium, kata menteri
'Siapa kata kita tak siasat Mahathir?'
Posted: 21 Dec 2016 01:37 AM PST
"Siapa kata kita tidak siasat Mahathir di bawah Seksyen 124C?"
"Sama ada kita mahu bawa itu ke peringkat seterusnya adalah satu perkara yang berbeza," katanya, tanpa mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini mengenai siasatan terhadap Mahathir, sedangkan beberapa individu dan organisasi disiasat di bawah undang-undang sama.
Antara mereka yang sedang disiasat di bawah Seksyen 124C adalah BERSIH dan pengerusinya, Maria Chin Abdullah, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, dan Malaysiakini.
Ini berikutan dakwaan bahawa kumpulan-kumpulan ini menerima pembiayaan asing termasuk daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan George Soros.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan akan dilakukan bagi memastikan sama ada kumpulan tersebut dibiayai untuk menjatuhkan kerajaan.
Sehingga Jun tahun ini, polis menyiasat lapan kes berkaitan Mahathir. Ini termasuk siasatan jenayah fitnah selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Yang di-Pertuan Agong diletakkan di bawah tahanan rumah.
Sementara itu, Nur Jazlan berkata kira-kira 20 NGO sedang disiasat kerana menerima dana asing.
Sehubungan itu, lapan kumpulan hak asasi manusia termasuk Persatuan Pergerakan Wanita (Awam), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) mengeluarkan satu kenyataan bersama menyatakan dana luar diperlukan kerana kurangnya sokongan kerajaan.
Nur Jazlan bagaimanapun mengulangi jawapan beliau sebelum ini bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan jika kumpulan itu tidak membuat kesalahan.
Beliau memberi contoh siasatan ke atas Malaysiakini, yang secara terbuka mengaku menerima dana daripada OSF.
"Kerajaan tidak hentikan Malaysiakini daripada beroperasi," katanya.
Pakatan kemuka Kabinet bayangan tahun depan
Posted: 21 Dec 2016 01:26 AM PST
PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan Kabinet bayangannya kepada rakyat dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, Kabinet bayangan itu akan diumumkan awal tahun depan.
"Saya yakin dan percaya pimpinan PH yang ada pada hari ini apatah lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama. Kita punyai barisan kepimpinan yang pada bila-bila masa boleh ditonjolkan sebagai kepimpinan negara.
"Kita tidak ketandusan kepimpinan berkualiti yang diperlukan negara," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Md Salleh Said Keruak yang menyatakan PH perlu terlebih dahulu menunjukkan kepada rakyat Kabinet bayangan mereka sebelum berfikir untuk membentuk kerajaan.
Dalam blognya semalam, Salleh mempersoalkan bagaimana pembangkang mampu merancang terhadap "perkara lebih besar" jika ia tidak mampu membentuk Kabinet bayangan yang mudah, standard dalam sistem kerajaan Westminster.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013, Pakatan Rakyat tidak menamakan secara rasmi Kabinet bayangan atau calon perdana menteri, tetapi rakyat memahaminya.
"Kenyataan Salleh hanyalah umpan supaya orang mengalih pandangan daripada Kabinet yang ada…paling teruk dalam sejarah Malaysia," katanya
Kesatuan KTMB bimbang 4,000 hilang kerja selepas perjanjian
Posted: 20 Dec 2016 11:55 PM PST
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melahirkan kebimbangan dengan perjanjian antara syarikat itu dengan Perbadanan Aset Kereta Api, dengan berkata ia boleh mengakibatkan 4,000 pekerjanya hilang jawatan.
"Implikasi kepada kewujudan Railway Network Access Agreement (RNAA) akan berlaku pengurangan pekerja atau pembuangan pekerja, dijangka KTMB hanya tinggal kurang lebih 1,500 pekerja berbanding kini KTMB mempunyai 5,500 pekerja," kata presiden kesatuan, Abdul Razak Md Hassan.
Razak berkata Kementerian Pengangkutan perlu menjana keuntungan KTMB dengan membekalkan lokomotif dan gerabak kargo mencukupi, dan berkata ia berjaya mengurangkan kerugian tahun ini disebabkan penambahan gerabak kargo daripada 30 kepada 50.
"Berdasarkan rekod pada 2015, kerugian kargo KTMB ialah RM37.41 juta berbanding 2016 kerugian setakat ini RM4.95 juta, bermakna sebanyak RM32.46 juta kerugian berjaya dikurangkan," katanya, sambil menambah penambahan gerabak itu bermakna penjimatan satu larian tren.
"Kementerian perlu melihat ia sebagai bukti yang KTMB mampu memberi pulangan modal dan untung jika dibekalkan lokomotif dan wagon mencukupi, serta usaha pembaik pulih lokomotif dijalankan secara teratur," katanya.
RNAA akan memberi hak kepada kerajaan campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.
Razak berkata cadangan itu tidak wajar kerana ia sebenarnya punca penghakisan pendapatan KTMB.
"Bantu KTMB dari sudut peruntukan lokomotif dan wagon kerana ia boleh membantu tambah pendapatan KTMB dengan tujuan menampung kos perkhidmatan Intercity yang diberi subsidi kepada pengguna," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan KTM Intercity rugi RM119.26 juta, namun mengekalkan pendapatan RM80 juta pada tahun ini, hanya kurang RM2 juta berbanding 2015.
Bagi khidmat KTM Komuter, syarikat itu menanggung kos operasi tinggi kerana tambang subsidi kepada pengguna, dengan kerugian RM94.29 juta pada tahun ini berbanding RM115.63 juta pada 2015.
Pengurangan kerugian itu kerana kenaikan tambang di Lembah Klang, katanya.
"Penambahan 10 set ETS juga mencatatkan keuntungan RM16.7 juta pada 2016 berbanding RM500,000 tahun lalu," katanya.
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan meninggal dunia
Posted: 20 Dec 2016 11:48 PM PST
BANDAR BARU NILAI: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa, berkata Mohd Khairi pengsan ketika melawat sebuah sekolah agama, di sini, sebelum dihantar ke sebuah klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia jam 4.29 petang.
"Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Guru, Seremban, malam ini dan dijangka dikebumikan di Makam Tuan Hj Said, di sini," katanya.
Allahyarham berasal dari Kampung Kubur Cacar, Jempol, berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Allahyarham kemudiannya , menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Terbuka Malaysia.
Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan sejak 2011 hingga kini.
Permit Eaglexpress Air dibatalkan
Posted: 20 Dec 2016 11:46 PM PST
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bertindak membatalkan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, berkuat kuasa 21 Disember 2016.
Sehubungan itu, syarikat penerbangan berkenaan dilarang membawa penumpang, mel atau kargo bagi tujuan sewaan atau upah bagi mana-mana perjalanan domestik atau antarabangsa yang tidak berjadual, kata Mavcom dalam satu kenyataan hari ini.
"Jika syarikat penerbangan itu terus menjalankan perkhidmatan selepas permitnya dibatalkan berkuat kuasa 21 Disember 2016, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771)," kata kenyataan itu.
Mavcom adalah badan kawal selia bebas yang bermatlamat menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Pada 30 Ogos 2016, Mavcom memberi permit ASP bagi tempoh 12 bulan (bermula 1 September sehingga 31 Ogos 2017) kepada Eaglexpress yang perlu mematuhi syarat tertentu, namun ia gagal berbuat demikian.
Berikutan itu, pada 1 Disember lepas, Mavcom mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Eaglexpress untuk memberi peluang kepadanya mengemukakan representasi secara bertulis pada 14 Disember lepas yang terbukti tidak memuaskan.
"Syarikat penerbangan itu gagal memberikan bukti cukup untuk meyakinkan (Mavcom) bahawa ia akan menyelesaikan semua isu berbangkit dan dapat mematuhi syarat ditetapkan," katanya.
Malah, tegas Pengerusi Eksekutif Mavcom, Tan Sri Abdullah Ahmad, kejadian ini seharusnya menjadi peringatan kepada bakal serta pengusaha syarikat penerbangan komersial sedia ada bahawa industri ini amat mencabar.
"Ia memerlukan perancangan rapi, pengetahuan mendalam mengenai hal kewangan, pengetahuan berkenaan perkara-perkara operasi serta kemampuan pelaksanaan untuk menjayakannya.
"Mavcom akan terus berusaha untuk memastikan hanya syarikat yang bersedia dan memiliki asas-asas ini dibenarkan untuk beroperasi," katanya.
Mavcom yang mula beroperasi pada 1 Mac 2016, antara lainnya bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan pelesenan syarikat penerbangan, caj lapangan terbang, peruntukan laluan udara, penyelesaian pertikaian di antara penyedia perkhidmatan penerbangan dan perlindungan pengguna.
Tiga hari derita dikurung, diseksa bekas teman lelaki
Posted: 20 Dec 2016 11:25 PM PST
PENDANG - Seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajian sarjana di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor mengalami trauma selepas tiga hari dikurung dan diseksa oleh bekas teman lelakinya tanpa diberikan sebarang makanan, di sebuah rumah di Ampang, Selangor.
Sara (bukan nama sebenar), 27, kini berada bersama keluarganya di Kampung Banggol Kambing, Pendang, selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, sejurus dibawa pulang dari Ampang.
Menurut Sara, pada Jumaat, 25 November lalu, bekas teman lelakinya yang dikenali sejak 10 tahun lalu datang ke rumah sewanya di Ampang pada jam 5 pagi.
"Saya enggan buka pintu tetapi dia pecah masuk rumah saya dan berlaku perbalahan yang berlarutan sehingga jam 8 pagi," katanya.
Sara berkata, bekas teman lelakinya yang didakwanya juga anggota polis, mengesyaki dia ada membawa masuk lelaki ke dalam rumah.
"Dia tuduh saya bawa lelaki masuk rumah, jadi saya minta dia periksa bilik saya. Selepas gagal menjumpai sebarang bukti, dia kembali reda dan minta saya mengikutnya ke kereta pada jam 8 pagi itu.
"Saya tak nak tetapi selepas dipaksa, saya akur. Di parkir kereta, kami ada berbincang sesuatu dan berlaku sedikit perbalahan menyebabkan saya meninggikan suara dengannya.
"Disebabkan itu dia telah mengheret saya masuk ke dalam kereta dan membelasah saya.
"Saya cuba untuk meronta tetapi dia acukan pisau ke perut dan saya terpaksa diam," cerita Sara.
Sara berkata, bekas teman lelakinya itu membawanya ke rumah sewanya di Klang.
"Setiba di sana, saya diheret masuk ke dalam bilik dan dipukul.
"Selepas puas dipukul, saya ditinggalkan semalaman seorang diri dengan pintu bilik berkunci.
Menurutnya, keesokan harinya (Sabtu), bekas teman lelakinya pulang dan berbual seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
"Namun begitu, selepas dia dapat menghidu perbuatan saya menghubungi rakan meminta bantuan dia terus menikam bahu kiri dan kanan saya dengan pisau.
"Dia gari tangan saya dan ugut nak bunuh saya. Saya dah sakit sangat-sangat dan tak mampu nak buat apa-apa selain berdoa.
"Saya juga dipaksa minum cecair pelembut dan telah disemburkan penyembur serangga ke muka," katanya.
Sara berkata, dia juga ditikam lima kali iaitu di bahu kiri dan kanan, di paha kiri dan kanan serta di lutut kiri, sehingga tidak mampu untuk bergerak.
"Saya hanya mampu lihat darah penuh di lantai. Sepanjang saya diseksa, saya ada terdengar perbualan telefon antara dia dan kawannya. Mereka rancang nak bunuh dan buang saya di Sungai Klang.
"Pada hari Ahad (malam) saya merayu pada dia untuk ke hospital sebab sakit sangat dengan darah tidak berhenti keluar.
"Pada mulanya saya dibawa ke hospital swasta dan dipindahkan ke Hospital Klang kerana dia tak mampu membayar kos rawatan," katanya.
Semasa di hospital di Klang, Sara telah meminta pihak hospital menghubungi rakannya dan meminta rakannya untuk menghubungi keluarganya.
"Bila keluarga saya sampai, saya terus cerita perkara sebenar. Pada hari Selasa, saya pulang ke Kedah bersama keluarga dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pembedahan mata," katanya.
Mengimbau sejarah lalu, Sara berkata, dia pernah dipukul pada 2009 dan menarik kembali laporan polis selepas kasihankan bekas kekasihnya itu.
"Kami sudah lama putuskan hubungan dan dia pun dah bertunang dengan wanita lain. Februari lalu dia putus tunang dan datang mengganggu saya semula," cerita Sara.
Sementara itu, bapa Sara memberitahu anaknya masih trauma dengan kejadian itu.
Menurutnya, setiap malam dia akan pastikan anaknya itu tidur terlebih dahulu.
"Saya rasa sedih sebab sehingga sekarang lelaki terbabit masih lagi mengganggu anak saya dengan mesej yang berbaur pujukan dan ugutan.
"Saya tertanya-tanya apakah tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada lelaki berkenaan," katanya dengan nada kesal.
Menurutnya, Sara adalah anak harapannya kerana dia anak sulung daripada empat beradik.
"Saya nak pembelaan dan keadilan untuk anak saya serta jaminan keselamatan untuknya kerana dia perlu ke Ampang semula bagi menghabiskan pengajian sarjananya," katanya.
Sara yang mengalami kecederaan teruk juga terpaksa menerima lapan jahitan di mulut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkaitan kes berkenaan.
"Laporan berkaitan kes ini telah dihantar ke Balai Polis Pandan Indah dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 dan 506," katanya.
Bekalan air pulih 99 peratus di kawasan Zon 1
Posted: 20 Dec 2016 11:11 PM PST
KUALA LUMPUR - Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi ini berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus.
Menurut kenyataan itu, kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.
Sementara itu, katanya kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.
Kenyataan itu menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER <jarak> nama dan alamat.
"Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihati untuk menggunakan air secara berhemat," kata kenyataan itu.
Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar 'mySyabas', facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air. - Bernama
25 rumah setinggan di Klang Lama hangus dijilat api
Posted: 20 Dec 2016 11:07 PM PST
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 rumah setinggan berhampiran Scott Garden di Jalan Klang lama di ibunegara musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata kebakaran yang bermula pada jam 7.30 malam itu berlaku dengan pantas akibat keadaan rumah yang rapat dan angin kuat.
"Bagaimanapun kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke lebih 30 rumah lain yang berhampiran dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada 10 malam," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Samsol Maarif berkata 80 anggota bersama 14 jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada jam 7.40 malam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang dipercayai berpunca akibat litar pintas itu, manakala jumlah kerugian masih disiasat.
Sementara itu, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Noraini, 35, berkata ketika kejadian beliau sedang menidurkan anak lelakinya yang berusia setahun.
"Jiran menjerit memberitahu ada kebakaran. Saya terus berlari dan membawa anak keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.
Khairuddin Abu Hassan yakin PH beri kerusi pada PPBM
Posted: 20 Dec 2016 11:04 PM PST
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Presiden PAS dan timbalannya tiada kuasa buat keputusan sendiri - AJK PAS Pusat
Posted: 20 Dec 2016 11:02 PM PST
Oleh Zeanaaima Md Yusuf
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada kuasa untuk membuat keputusan mewakili parti bersabit apa jua isu, kata Sallehen Mukhyi.
Jamal Yunos bertuala ke SUK tanda protes tak ada air
Posted: 20 Dec 2016 10:53 PM PST
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |