DIALOG RAKYAT |
- WAYANG PACAK BERCIRI AGAMA?
- Laporan: Sami protes Najib depan kedutaan M'sia di Myanmar
- PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi
- 'Buat apa PM berdemo?'
- Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB
- Laungan 'ALLAH selamatkan kami Rohingya' bergema
- 'Myanmar mahu saya buat apa? Tutup mata? Bisu?,' soal Najib Razak
- PPBM tidak akan tunggu PAS lebih lama, kata Tun Mahathir
- Tebing runtuh: Penduduk Ayer Keroh Heights cemas
- Terkejut disaji ‘tose lipas’
- Umno, jangan cuba mangsakan DAP
Posted: 04 Dec 2016 02:26 AM PST shahbudindotcomPerdana Menteri, Najib Razak menegaskan, beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar.
Berucap di Himpunan Solidariti Rohingya yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang, Najib yang dicemuh dunia kerana skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya berkata, Malaysia akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan etnik Rohingya itu.
"Apa mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak membisu sebab mereka ini mesti kita bela.
"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan," ucap Najib lagi.
Perghhhhh.....
Tapi apa yang sudah Malaysia lakukan setakat ini?
Sudahkah ditamatkan hubungan diplomatik? Sudahkah dipanggil duta Myanmar untuk disampaikan nota bantahan?
Sudahkahkah bantuan kemanusian dihantar ke Myanmar? Sudah berapa juta telah disumbangkan?
Apakah nasib pelarian Islam Rohingya yang ada di negara kita? Adakah pernah disediakan khemah pelarian atau lain-lain bantuan dijanjikan untuk mereka?
Mengapa usul khas berkaitan Rohingya di Parlimen yang dikemukakan oleh Raja Bahrin Shah ditolak begitu saja?
Jika usul ditolak, kenapa berhimpuan jadi galak?
Sejak bila kerja kerajaan bertukar daripada bertindak melalui kuasa yang ada kepada berhimpun dan menjerit semata-mata?
Bagaimana dengan pekerja asing bukan Islam Myanmar di negara kita yang antaranya menguasai Pasar Borong Selayang dan menjadi samseng di sana?
Apa tindakan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menanganinya?
Sebagai kerajaan yang berkuasa, kenapa Najib tidak bertindak apa-apa setakat ini?
Mengapa Najib mengatakan beliau tidak gentar dengan gertakan Myanmar yang mungkin mengambil sesuatu tindakan berikutan himpunan yang diadakannya ini?
Bukankah Malaysia yang sepatutnya menggertak Myanmar dan mengambil langkah ke depan dengan memutuskan hubungan diplomatik itu terlebih dahulu?
Apa kata kita tunggu lagi seminggu, dua minggu atau sebulan selepas ini untuk mengetahui tindakan Najib dan kerajaan yang seterusnya terhadap Myanmar dan umat Islam Rohingya?
Atau enam bulan dan mungkin setahun lagi?
|
Laporan: Sami protes Najib depan kedutaan M'sia di Myanmar Posted: 04 Dec 2016 01:23 AM PST MALAYSIAKINI Sekumpulan Sami Buddha dilapor membantah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.
Menurut portal berita Rohingya Vision, kira-kira 30 sami melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar. Mereka memegang sepanduk yang berbunyi: "Kutukan terhadap Perdana Menteri Malaysia, jangan beri tekanan kepada kerajaan Myanmar". Bantahan itu dibuat sehari selepas AFP melaporkan bahawa perdana menteri akan mengambil bahagian dalam protes setiakawan Rohingya di Kuala Lumpur esok. Najib secara peribadi mengesahkan perkara ini pada majlis penutupan perhimpunan agung Umno hari ini dan perwakilan juga digesa mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. Ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan Myanmar yang semalam mengeluarkan kenyataan mengkritik Malaysia. U Zaw Htay, timbalan pengarah pejabat presiden di Myanmar mengingatkan Malaysia dasar tidak campur tangan Asean. "Menurut prinsip Asean, negara anggota tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota lain. "Kami sentiasa ikuti dan hormati prinsip ini. Kami berharap kerajaan Malaysia akan terus mengikutinya," beliau dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun, Wisma Putra mempertahankan protes yang dirancang dan menekankan bahawa apa yang berlaku di Myanmar merupakan isu kemanusiaan yang juga telah menjadi satu isu keselamatan untuk Malaysia. Lebih daripada satu juta pelarian Rohingya tiba di Malaysia sejak beberapa tahun lalu untuk melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar. Malaysia tidak secara rasmi mengiktiraf mereka sebagai pelarian dan dasar semasa adalah untuk menghantar mereka kembali selepas konflik di Myanmar selesai. Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas Rohingya. Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya. |
PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi Posted: 04 Dec 2016 01:14 AM PST Nasrudin Hassan
ULASAN Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi penggal pilihan raya ke-13. Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah lima tahun sejak mula bersidang. Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 Jun 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan parlimen lebih awal daripada tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat perrdana menteri. Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu. PAS sertai Umno? Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini. Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno. Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS. Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan umatnya. Kedua, jelas di sini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN. Pastinya keadaan sedemikian tidak boleh berlaku dan ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh PAS melalui penegasan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan menyertai BN. Ketiga, "kerjasama" pula membawa maksud keterbukaan PAS untuk berbincang, duduk semeja, berunding dan menganjurkan aktiviti atau tindakan bersama dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan Islam, bangsa dan negara. Meskipun berbeza fahaman politik, namun atas nama kepentingan Islam, bangsa, rakyat dan negara, maka perbezaan itu boleh diketepikan sementara untuk menemukan titik persamaan yang memulangkan keuntungan kepada Islam dan masa depan negara. Beginilah PAS berpolitik. Politiknya bersulamkan dakwah Islamiyah untuk menjulang keadilan Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam. Beginilah PAS berdakwah. Dakwahnya tegak untuk memimpin politik dengan syariah dan akhlak Islami serta memacu politik matang dan sejahtera. Semak dan imbang PAS dan Umno tidak perlu bergabung supaya politik Malaysia subur dengan check and balance (semak dan imbang). Malah PAS akan terus memberi kritikan dan teguran membina kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno agar tidak menyeleweng, rasuah dan menindas rakyat terbanyak. PAS juga akan terus konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman. Tiada kompromi padanya. Inilah politik PAS. Namun tidak bermakna PAS, Umno dan lainnya mesti terus bercakaran dalam semua perkara sehingga merugikan Islam dan ummatnya. Sehingga timbul sifat benci membenci sesama ummat Islam, berkelahi jiran tetangga kerana berlainan parti, bertelagah suami isteri kerana bendera yang berbeza. Situasi begini tidak menyuburkan dakwah PAS. Selayaknya halangan demikian ditiadakan agar PAS dapat bertemu dengan semua pihak yang bersedia menerima kehadhiran PAS dan tidak menentang perjuangannya. Inilah dakwah PAS. Inilah Penyelesaian Kita. NASRUDIN HASSAN Ketua Penerangan PAS |
Posted: 04 Dec 2016 01:10 AM PST Koh Jun Lin
Kata bekas perdana menteri itu pihak kerajaan tidak mengadakan demonstrasi kerana ia hanya dilakukan oleh pihak yang berada di luar kerajaan. Justeru kata Dr Mahathir tindakan yang lebih berkesan dilakukan sebagai tanda protes terhadap kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya ialah memutuskan hubungan diplomatik dengan Naypyidaw. "Sebagai kerajaan, (sepatutnya) kita tidak berdemonstrasi. Kata Dr Mahathir apabila seseorang perdana menteri menyertai demonstrasi, tidak diketahui kepada siapa protes itu dihalakan. "Apabila dia (seorang) perdana menteri, dia buat demonstrasi, dia demonstrate kepada siapa, hah?" katanya. Dr Mahathir sebelum itu menghadiri persidangan tahunan DAP di Shah Alam. Pimpinan tertinggi parti dalam Pakatan Harapan menyertai acara itu ini termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu. Jemput pimpinan Myanmar Hari ini Datuk Seri Najib Razak menghadiri perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya di pekarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara berkenaan. Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS, kumpulan Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang di negara ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Najib dalam Perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar. Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal negara itu. Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan tindakan Najib mengadakan perhimpunan untuk mengecam kezaliman ke atas penduduk Rohingya dipercayai sekadar "suatu wayang" oleh pihak kerajaan. Menceritakan pengalamannya Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, beliau pernah menulis surat serta menghantar wakil bertemu junta Myanmar untuk menyatakan pandangan kerajaan terhadap penahanan dalam rumah Aung San Suu Kyi. Suu Kyi adalah bekas pembangkang Myanmar, dilabel sebagai pejuang demokrasi dan penerima anugerah keamanan Nobel 1991 yang diberi sebagai pengiktirafan terhadap usahanya memperjuangkan hak asasi melalui cara aman. Bagaimanapun untuk nota, Suu Kyi hampir tidak bertindak apa-apa bagi membantu etnik Rohingya setakat ini. Kata Dr Mahathir, beliau ketika itu menjemput ketua junta Myanmar ke Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana negara ini mengamalkan demokrasi. "Begitulah cara sesebuah kerajaan bertindak kerana sebagai pemerintah, seorang perdana menteri tidak turun ke jalan raya menyertai protes. "Saya menyertai protes jalanan (baru-baru ini) sebab saya tidak berada dalam kerajaan lagi," katanya |
Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB Posted: 04 Dec 2016 01:03 AM PST Lu Wei Hoong Di mata Umno Datuk Seri Najib Razak adalah 'insan terpilih' oleh Allah untuk memimpin parti itu dan negara. Namun pada tafsiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah berbeza sama sekali. Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi. "Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB," katanya disambut ketawa orang ramai. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Shah Alam selepas menghadiri perhimpunan tahunan DAP hari ini. |
Sebelum ini DAP mengesahkan mereka tidak menjemput wakil BERSATU ke program berkenaan kerana parti berkenaan belum menjadi anggota Pakatan Harapan (HARAPAN).
Turut hadir di majlis itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Sentimen takutkan Melayu
Perhimpunan tahunan Umno baru saja berakhir di PWTC semalam. Sepanjang tempoh persidangan berlangsung beberapa perwakilan menyatakan puji-pujian mereka kepada Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti.
Ungkapan mengaitkan Najib sebagai "pilihan Allah" pernah diucapkan wakil dari Kedah, Datuk Othman Aziz pada perhimpunan agung Umno tahun lalu.
Semasa merasmikan persidangan tahunan pemuda, wanita dan puteri Umno pada 29 November lalu Ahmad Zahid berkata sekadang adalah waktu "Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai presiden" parti berkenaan.
"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwalak hanya di bibir. Walak saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita," katanya.
Dr Mahathir berkata Najib juga menyatakan jika Umno kalah pada pilihan raya umum akan datang, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri.
"Inilah cara Najib gunakan sentimen perkauman untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu sedangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diubah (menjadikan) Cina (diletakkan dalam kawasan sama) dengan Cina, Melayu dengan Melayu, India dengan India," katanya.
Mengenai dakwaan DAP mengamalkan dasar liberal Dr Mahathir berkata tidak ada sesiapa yang akan membawa fahaman itu sama seperti di AS.
"Kita tidak akan lihat sama sekali Lim Guan Eng berkahwin dengan lelaki," katanya, disambut ketawa orang ramai sekali lagi
Laungan 'ALLAH selamatkan kami Rohingya' bergema
Posted: 04 Dec 2016 12:54 AM PST
Terdahulu, ratusan orang ramai, mula memenuhi stadium sejak jam 8:00 pagi lagi.
Mereka memakai baju t-shirt yang tertera perkataan 'Selamatkan Rohingya'.
Di samping membawa sepanduk yang tertera tulisan hentikan pembunuhan umat Rohingya.
Turut hadir ketika ini adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan beberapa menteri Kabinet yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan akan turut hadir dalam himpunan ini.
Antara reaksi peserta Himpunan Solidariti buat Rohingya yang membawa kain rentang sebagai tanda sokongan. - Foto Sinar Online
Antara reaksi peserta Himpunan Solidariti buat Rohingya yang berkumpul di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pagi ini yang menentang penindasan terhadap kekejaman terhadap etnik Rohingya. - Foto Sinar Online
920 pagi: Baru tiba Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah turut kelihatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.
Juga hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Mat dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Azeez Rahim.
Sebagai tanda sokongan orang awam menurunkan tandatangan bagi mengecam kezaliman kerajaan Myanmar kepada penduduk Rohingya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir sebagai sokonga himpunan solidariti ummah untuk Rohingya.
Rakyat Myanmar yang berarak membawa sepanduk dalam himpunan yg bermula jam 8 pagi.
'Myanmar mahu saya buat apa? Tutup mata? Bisu?,' soal Najib Razak
Posted: 04 Dec 2016 12:49 AM PST
Oleh Azizul Osman
PPBM tidak akan tunggu PAS lebih lama, kata Tun Mahathir
Posted: 04 Dec 2016 12:47 AM PST
Tebing runtuh: Penduduk Ayer Keroh Heights cemas
Posted: 04 Dec 2016 12:39 AM PST
Runtuhan yang dikatakan berlaku selepas hujan itu turut membabitkan bongkah batu pada bukit jenis batu kapur di hadapan lima kediaman teres setingkat, dipercayai dihuni 16 penduduk dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam.
Menurut Penghulu Dun Ayer Keroh, Mohd Azizan Daud, runtuhan itu adalah yang kedua berlaku dalam tempoh 24 jam selepas sebatang pokok pada tanah tebing itu menyembah bumi dan hampir menghempap kediaman penduduk, kira-kira jam 3 pagi.
"Lima buah rumah kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan 16 penduduk daripada tiga keluarga hanya akan dipindahkan sekiranya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kawasan ini tidak selamat diduduki.
"Sebuah rumah dihuni 17 warga Myanmar sudah dikosongkan dan saya dimaklumkan mereka yang bekerja di kilang berdekatan perumahan di sini berpindah sementara ke rumah rakan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mohd Azizan berkata, kerja-kerja pembersihan kawasan terbabit pula akan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sekiranya JKR mengesahkan tebing bukit batu kapur itu tidak membahayakan.
"Saya diberitahu penduduk, sebuah pokok dari tebing bukit setinggi kira-kira 20 meter tumbang ketika mereka sedang tidur awal pagi tadi (semalam) dan kemudian dibersih sebelum berlaku runtuhan batu kapur lewat petang," katanya.
Sementara itu, difahamkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) sudah bersedia untuk membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Kasturi Ayer Keroh jika penduduk terpaksa dipindahkan dalam masa terdekat
Posted: 04 Dec 2016 12:35 AM PST
GOMBAK - Sebuah keluarga terbantut selera makan apabila tose dipesan mengandungi 'rencah' lipas di dalamnya.
Dalam kejadian awal pagi semalam, pengadu yang mahu dikenali sebagai Shah, 43, bersama isteri dan anaknya ke sebuah restoran mamak terletak di Sri Gombak untuk menikmati sarapan pagi.
Menurutnya, isterinya memesan mi goreng sementara anaknya pula memesan tose.
"Dah separuh makan baru nampak lipas dalam tose tersebut. Bila tunjuk kepada pekerja mereka hanya minta maaf dan makanan tersebut tak dikenakan bayaran.
"Dia mahu gantikan makanan baru tapi kami tolak sebab dah tak ada selera makan dah. Selalu juga makan di sana dan ini adalah kejadian pertama," katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat kesihatan dapat memeriksa restoran tersebut kerana beroperasi dalam keadaan kotor.
"Saya nampak lipas dan tikus berkeliaran di bahagian memasak. Begitu juga di bahagian belakang kedai.
"Saya akan boikot restoran itu dan tak akan ke sana lagi selepas insiden ini. Restoran tersebut dah beroperasi lama dan terkenal di kalangan penduduk sekitar sini," katanya.
Shah berkata, ketika kejadian restoran tersebut dipenuhi pelanggan yang menikmati sarapan pagi.
"Mereka tak perasan kes ini sebab saya tak buat kecoh, sekadar ke kaunter untuk maklumkan kepada pekerja mereka.
"Saya harap sangat restoran itu diperiksa sebab ia melibatkan isu kebersihan dan keselamatan pelanggan di sana yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan," katanya.
Menurutnya, perkara tersebut turut dikongsi melalui hebahan dalam grup WhatsApp untuk perhatian pihak berwajib kawasan.
Umno, jangan cuba mangsakan DAP
Posted: 04 Dec 2016 12:32 AM PST
SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran untuk tidak cuba memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik sempit.
Ini kerana menurut Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, perjuangan partinya bukan saja tidak mengenal warna kulit dan agama, tetapi juga tidak mengenal batas tempat.
"Di dalam Perhimpunan Agung Umno, Najib dengan cuba bermain tipu daya dengan mengatakan DAP menolak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan kerana semua itu tidak disebutkan di dalam Perlembagaan DAP.
"Itu ternyata satu fitnah jahat memutarbelitkan fakta sebenar yang mana Perlembagaan DAP jelas menyatakan antara matlamat-matlamat DAP adalah mengesahkan dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal," katanya pada Persidangan DAP 2016, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, Umno akan terus mempergunakan kaum dan agama sebagai senjata dan muslihat mereka.
Tambahnya lagi, DAP seperti biasa akan terus menjadi sasaran serangan Umno parti itu membawa agenda yang menggugat penguasaan Umno.
"Agenda DAP yang menyeru kepada kebebasan, keadilan dan bersetiakawan dengan rakyat-rakyat tertindas tentu sekali menggegarkan jantung Umno.
"Biar apa jua tohmahan dan penipuan dilemparkan kepada DAP, pemimpin-pemimpin DAP baik pada masa lalu, sekarang atau masa depan akan terus beriltizam berjuang mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni, aman dan makmur," katanya lagi
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |