Ipoh: Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak PAFA Datuk Mansur Ahmad cedera ditetak dibahagian kepala selepas disamun sekumpulan perompak di kediamannya di Taman Meru Height petang tadi.
Dalam kejadian kira kira 3.30 petang itu - mangsa bersama isteri dan anaknya sedang bersiap untuk keluar rumah.
Bagaimanapun mangsa didatangi beberapa individu yang menaiki motorsikal sebelum ditetak dibahagian kepala ketika cuba melindungi cucunya.
Isteri mangsa turut dilaporkan cedera di tangan akibat ditetak sebelum kesemua
perompak terbabit melarikan diri
Loading...
bersama beberapa barangan kemas dan telefon bimbit milik anak mangsa.
Mangsa dan isterinya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk menerima rawatan.
Keadaan kedua mangsa dilaporkan stabil dan sedang menjalani pembedahan.- Buletin TV3
Loading...