Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[IMIGRESEN MANA?] Akhirnya Tapak niaga Pati digempur DBKL kerana Halang Laluan


KUALA LUMPUR - Berpuluh-puluh kilogram bahan mentah termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan di sita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Tindakan Khas Pasar Borong yang dilaksanakan sekitar Pusat Bandar Utara, berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Operasi berkenaan menyaksikan 28 sitaan terhadap barangan yang meletakkan barang di kaki lima premis kerana menyebabkan halangan.

Jurucakap DBKL berkata, operasi berkenaan bagi pembersihan kawasan sekitar yang sering berdepan masalah disebabkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan.

Loading...
large;">Menurutnya, ia dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada gangguan halangan tidak kira daripada aktiviti perniagaan, mahupun lalu lintas.

“Peniaga merupakan warga Myanmar dan tindakan sita dilakukan serta-merta.

“Semua barangan tidak boleh dituntut kerana melibatkan warga asing,” katanya.

Beliau berkata, DBKL sentiasa memantau kegiatan penjajaan di situ dan tindakan akan sentiasa dibuat dari masa ke semasa.

“Operasi sama akan terus diperhebatkan ke lokasi-lokasi lain yang berdepan masalah sama terutamanya di kawasan pasar di ibu negara,” katanya. - SH

Loading...
Back To Top