Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Fahamkan Fakta Undang Undang Ni..!


Bercakap biar ada fakta..! berhujah biar meyakinkan hingga tidak boleh dipatah..! bukan sekadar merungut dan mengarut ini fitnah..fitnah..! fitnah..!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

ISU UCAPAN TS MUHYIDDIN, DS SHAFIE DAN DS HUSNI SEMASA DEBAT BELANJAWAN DI PARLIMEN : ADAKAH SPEAKER PARLIMEN, JMM & KELAB N87 SERTA KPN KHALID MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH DI BAWAH SEKSYEN 124C KANUN KESEKSAAN YANG BOLEH DIBICARA DI BAWAH SOSMA ??? !!!
1. Sepanjang minggu lalu, 3 BEKAS ahli Jemaah Menteri Kerajaan, telah dalam ucapan masing-masing dalam debat belanjawan 2017, dengan jelas dan terperinci melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, untuk membangkitkan isu-isu yang TERLAMPAU RELEVAN dan berkait rapat dengan belanjawan negara.
2. Namun pada, 27.10.2016, SPEAKER PARLIMEN, Pandikar Amin Mulia, telah di LUAR DEWAN PARLIMEN, mengeluarkan kenyataan seperti yang dipetik MALAYMAILONLINE :
" ... the MPs might have even broken the Official Secrets Act (OSA) and the Sedition Act with their revelations in the Dewan Rakyat this week. "
3. Dengan memilh untuk memberi kenyataan itu di LUAR DEWAN PARLIMEN, SPEAKER PARLIMEN telah meletakkan dirinya di luar dari kekebalan yang dijamin kepada kesemua ahli Parlimen daripada diambil tindakan undang-undang berkaitan pertuturan di dalam Dewan Parlimen menurut PERKARA 63 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!
4. Melalui kenyataan itu SPEAKER PARLIMEN secara zahir cuba memberi fahaman songsang dan khilaf di sisi undang-undang kononnya, kandungan ucapan ketiiga-tiga ahli Parlimen itu mempunyai unsur memungkiri undang-undang negara, secara khususnya Akta Hasutan ataupun Akta Undang-undang Rasmi (OSA).
5. Pada hakikatnya kenyatan SPEAKER PARLIMEN itu yang dibuat di LUAR DEWAN PARLIMEN, boleh dan hendaklah dirumuskan sebagaii satu cubaan untuk "melakukan aktiviti yang akibatkan detrimen kepada sistem demokrasi parlimen", kerana cuba menghalang ahli Parlimen daripada melaksanakan tanggungjawab mereka, untuk membahas atau membincangkan mana-mana isu relevan di DALAM DEWAN PARLIMEN, selari dengan peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!
6. Jangan kita lupa, bahawa sejurus sahaja selepas kenyataan SPEAKER PARLIMEN itu, pada 28.10.1016, ASTROAWANI telah melaporkan bahawa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) !!
7. Begitu juga pada 29.10.2016, BH ONLINE telah melaporkan bahawa Kelab N87 Wilayah Persekutuan menggesa polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga Ahli Parlimen, yang juga merupakan BEKAS MENTERI itu !!
8. Sekali lagi tindakan kedua-dua NGO itu, juga boleh dan mesti dikategorikan sebagai satu cubaan untuk "melakukan aktiviti yang akibatkan detrimen kepada sistem demokrasi parlimen", kerana cuba mengugut, menghalang, dan menindas ahli Parlimen daripada melaksanakan tanggungjawab mereka, untuk membahas atau membincangkan mana-mana isu di DALAM DEWAN PARLIMEN, selari dengan peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, melalui tindakan mereka untuk membuat Laporan Polis sedemikian. !!
9. Selanjutnya, pada 29.10.2016, SINAR HARIAN telah melaporkan kenyataan KETUA POLIS NEGARA , Khalid Abu Bakar (KPN) bahawa :
" Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang tindakan diambil ... " !!
10. KPN juga secara langsung terlibat dalam keputusannya secara tergesa-gesa, tanpa penilitian undang-undang yang asas, telah membuat kenyatan tersebut yang juga membawa kepada penzahiran cubaan untuk "melakukan aktiviti yang akibatkan detrimen kepada sistem demokrasi parlimen", kerana cuba mengugut, menghalang, dan menindas ahli Parlimen daripada melaksanakan tanggungjawab mereka, untuk membahas atau membincangkan mana-mana isu di DALAM DEWAN PARLIMEN, selari dengan peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, melalui arahan kepada pegawai PDRM untuk memulakan siasatan berkaitan Laporan Polis yang secara sendirinya merupakan kesalahan di sisi undang-undang !!
11. Justeru, jikapun ada mana-mana pihak yang bersalah di sisi undang-undang jenayah negara ini, berhubung isu ucapan ketiga-tiga ahli Parlimen DALAM DEWAN PARLIMEN, maka nescayalah ianya semestinya adalah SPEAKER PARLIMEN, kedua-dua NGO iaitu JMM & Kelab N87 Wilayah Persekutuan, serta KPN !!!
12. Walhal, cubaan untuk "melakukan aktiviti yang akibatkan detrimen kepada sistem demokrasi parlimen" adalah satu kesalahan di bawah SEKSYEN 124C KANUN KESEKSAAN dan boleh dibicarakan di bawah AKTA SOSMA, di bawah mana, yang disiasat dan dituduh adalah ditahan tanpa jaminan sehingga keseluruhan proses perbicaraan dan rayuan selesai. Hukuman maksima di bawah seksyen itu adalah 15 TAHUN PENJARA !!!!
JUSTERU, Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, fikir-fikirkanlah akan siapa yang sebenarnya SALAH di sisi UNDANG-UNDANG MALAYSIA !!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!!


Loading...
style="display: inline; font-family: Helvetica, Arial, sans-serif; margin-top: 6px;">sumber

Fahamkan lagi..!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Ketua Polis Negara, Tan Sri KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh Sinar Harian bertarikh 29.10.2016 sebagai berkata :
" Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang tindakan diambil,", dan 
" Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa jua kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah."
2. Pesanan jujur dan ikhlas saya kepada KHALID ABU BAKAR :
(a) Silalah baca, telaah dan hadam akan PERKARA 63(4) & (5) bersesama dengan PERKARA 10(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, sebelum perlu membuang masa pegawai-pegawai PDRM lain, untuk kononnya menyiasat laporan-laporan yang difailkan terhadap Ucapan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal dan DS Ahmad Husni Hanadzlah, di Parlimen. Masa dan tenaga PDRM lebih baik digunakan terhadap menjaga dan menyiasat perkara-perkara lain yang sebenar-benarnya bercorak jenayah, demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat awam !!
(b) Yang sebenarnya, tiada "akuan sumpah (statutory declaration)" yang wujud dalam perkara ini !! Apa yang awak, KHALID ABU BAKAR, mungkin maksudkan adalah SUMPAH PERJAWATAN yang diambil oleh kesemua ahli Jemaah Menteri termasuk PERDANA MENTERI di hadapan KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, yang mengandungi 2 bahagian :
(i) Sumpah Jawatan dan Setia
"Saya,............................................................, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ............................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.", dan KEMUDIANNYA baru,

(ii) Sumpah Simpan Rahsia
"Saya,..............................................................................., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang ................................................................... KECUALI SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

(c). Menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", seorang MENTERI mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan", dan KEMUDIANnya baru, "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" !! Justeru, sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERI mahupun KERAJAAN, maka menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", SEMESTINYALAH Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang diketahuInya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada perlanggaran "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" !!
(d) KHALID ABU BAKAR, JANGAN LUPA, anda sebagai Ketua Polis Negara, adalah salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Pasukan Polis menurut PERKARA 140(3)(b) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, dan menurut PERKARA 142(6) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN , anda juga telah mengangkat SUMPAH PERJAWATAN yang sama, melalui mana anda, KHALID ABU BAKAR telah juga mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan" !!
(e) Justeru, AWAS !! Sekiranya anda INGKARI akan SUMPAH PERJAWATAN itu, anda, KHALID ABU BAKAR, boleh dan WAJIB dikenakan tindakan yang wajar di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan undang-undang yang berkaitan !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!


Rakyat semakin cerdik..! puak ni jer yang tak cerdik cerdik..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!


Loading...
Back To Top