Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

BERSIH 5 Gagal, Walaupun Ada K'sama Dengan NED Milik Soros. Maaf Kit Siang.


lim-kit-siang-bersih
AIDCNews – 21/11/16 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang apabila perhimpunan jalanan BERSIH 5 di ibu kota pada Sabtu lalu dikategorikan sebagai gagal.
Sebaliknya, Kit Siang yang merupakan aktivis politik veteran DAP sejak dari tahun 1969 berkata pihak yang mengalami kegagalan adalah kumpulan Baju Merah kerana hanya dapat mengumpulkan seramai 3,000 hingga 4,000 orang sahaja.
Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu bagaimanapun gembira kerana mendakwa kononnya berlaku peningkatan penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan jalanan BERSIH 5 berbanding dengan perhimpunan BERSIH sebelum ini.
“Walaupun Bersih 5 dikategorikan sebagai tidak berjaya, ia mendapat lebih penyertaan Melayu berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Mynewshub, ramai pihak berpendapat perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu merupakan satu kegagalan buat parti pembangkang dan kumpulan anti kerajaan kerana ia cuma kira-kira 15,000 orang sahaja berbanding dengan jumlah penyertaan sebelum ini.
“Sedikit peningkatan kaum Melayu dalam perhimpunan BERSIH kali ini pula disebabkan penyertaan pengikut setia bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang pada asalnya merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 5 yang mendapat sambutan besar-besaran rakyat.
“Penganjur BERSIH 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun masyarakat menyedari ia cuma strategi politik untuk memenangkan pembangkang.
“Kit Siang dalam pada itu menuduh sekatan jalan raya dan tangkapan yang dilakukan pihak polis menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat menyertai BERSIH 5,” lapor portal itu.
Loading...
"verdana" , sans-serif;">AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan perhimpunan BERSIH mempunyai hubungan sentimental dengan DAP kerana idea perhimpunan itu dicetuskan oleh badan pemikir DAP, REFSA yang telah berkerjasama dengan badan asing NDI (National Democratic Institute) pada Julai 2005.
NDI adalah salah satu cabang yayasan demokrasi Amerika Syarikat, NED (National Endowment for Democracy) yang sering bekerjasama dengan yayasan demokrasi milik George Soros untuk melakukan perubahan rejim di sesebuah negara yang menjadi targetnya.




Loading...
Back To Top