Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Loading...

Anak Sungai Derhaka


Perdana Menteri Israel Disiasat Berhubung Skandal Kapal Selam

Posted: 25 Nov 2016 08:16 AM PST


PEGAWAI undang-undang paling senior Israel mengarahkan satu siasatan terhadap dakwaan penglibatan orang paling kanan kepercayaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan skandal perjanjian pembelian kapal selam buatan Jerman.


Skandal yang telah menjadi tajuk berita utama di dada-dada akhbar dan pelbagai sumber berita Israel selama berhari-hari itu melibatkan dakwaan konflik kepentingan yang serius di dalam pembelian kapal selam tersebut.

Peguam peribadi Netanyahu, David Shimron didakwa telah mewakili sebuah pengilang senjata Jerman untuk membina sejumlah kapal selam dalam masa yang sama Netanyahu pula mendesak pembelian kapal selam tersebut untuk kegunaan negara Israel.

Netanyahu juga didakwa telah membeli kapal selam yang baru untuk Tentera Laut Israel walaupun pembelian itu mendapat bantahan menteri pertahanan negara itu.

Pada hari Rabu lalu, siaran televisyen tempatan Israel, Channel 10 mendedahkan satu email yang didakwa menjadi bukti bahawa Shimron menggunakan hubungan rapatnya dengan Netanyahu untuk melobi kilang yang membuat kapal selam tersebut melalui sekurang-kurangnya seorang pegawai pertahanan.

Menurut laporan media Israel, siasatan itu juga berdasarkan maklumat baru yang terdedah daripada hasil siasatan terhadap seorang pegawai senior yang ditahan minggu lalu atas tuduhan-tuduhan rasuah.

Terjemahan oleh Milo Suam..  laporan penuh sila lihat di SINI

Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR

Posted: 25 Nov 2016 04:31 AM PST


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR serta-merta bermula hari ini.


Jawatannya itu kini diisi semula Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha agung parti itu pada 2010 sehingga 2014.

Peletakan jawatan Rafizi itu dibuat susulan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan bersalah atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), baru-baru ini.

"Jika saya terus memegang jawatan setiausaha agung, ketidaktentuan kelayakan saya di sisi undang-undang boleh memberi ruang kepada musuh politik kita menggunakannya untuk membantutkan persediaan parti.

"Saya tidak mahu faktor saya dijatuhkan hukuman mendatangkan risiko tambahan yang perlu ditangani parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata jawatannya sebagai naib presiden PKR masih kekal dan akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

"Saya kini kekal sebagai salah seorang naib presiden yang dipilih ahli parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

"Mandat sebagai naib presiden diberikan ahli, maka saya akan terus menjawatnya sehinggalah proses undang-undang memuktamadkan kedudukan saya di sisi undang-undang kelak," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lain, mengesahkan peletakan jawatan Rafizi dan memaklumkan mengenai pelantikan Saifuddin.

"Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini.

"Perkara ini dibincangkan terlebih dulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadapnya," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Saifuddin bertanding di Parlimen Machang, Kelantan dan menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah.

Pameran Kartun Zunar Di Komtar DiSerang Penyokong UMNO..

Posted: 25 Nov 2016 01:03 AM PST


Pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang hari ini diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque memberhentikan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz, berkata dua bahan pameran dirosakkan.

"Mereka beritahu Zunar keluarkan buku kartun dan ancam mahu bakarnya," kata kartunis yang terkenal dengan kartun satira politik itu.

Exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.

Zunar melancarkan pameran kartunnya tengah hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng lapor Malaysiakini

Ganggu Tugas Penjawat Awam: Pasangan Suami Isteri Dipenjara 14 Hari

Posted: 24 Nov 2016 10:38 PM PST


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan suami isteri yang menganggu seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas di sebuah tempat letak kereta Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.


Lor Ka Hoo, 35 dan Tat Sit Fun, 30 mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda M3,000 seorang dan sekiranya gagal, tertuduh diarahkan dipenjara 7 hari.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Dalam insiden tersebut, pasangan itu naik berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya turut mengesahkan penahanan itu.

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.

Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas lapor AstroAwani


Loading...
Back To Top