Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Blogger Din Turtle Meninggal Dunia.. Al-Fatihah!!

Posted: 20 Nov 2016 07:00 AM PST


Din Turtle ataupun nama sebenarnya Shaifudin Mahmud adalah antara beberapa blogger Pro UMNO yang lantang mengkritik pentadbiran Najib berkenaan isu 1MDB.


Kritikannya yang berterusan terhadap pentadbiran Najib dalam isu 1MDB telah menyebabkan Blog miliknya disekat oleh SKMM.

Bagaimanapun beliau tetap meneruskan penulisannya dengan menggunakan Blog Dinturtle Original yang boleh di baca di SINI

Dalam posting terakhir beliau disamping mengkritik Saleh Keruak beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 5 kerana menurutnya "Anda Memberi Semangat Kepada Seluruh Rakyat Malaysia !"

TAHNIAH! kepada mereka yang bersemangat waja ( walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu ) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa.

Keberanian 40 ribu anda akan beri semangat kepada jutaan rakyat yang memerhati melalui sebaran media sosial semalam. It's not a lost cause.... there is still hope for the rakyat ! Itulah mesej paling penting yang telah anda sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia ! 

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun di rumahnya di Kuala Terengganu pada pukul 6.15 petang.

Menurut Facebooker Pro UMNO Nasrohaq Al Hafizz Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10.00 pagi esok berhampiran Primula hotel Kuala Terengganu.


Pemergiannya juga turut dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today..

PETALING JAYA: Political blogger Shaifudin Mahmud, popularly known as Din Turtle passed away in his home in Kuala Terenganu today. He was 50.

Close friends of Shaifudin told FMT that he passed away at 6.15pm, after complaining of fatigue and body aches.

"His wife told me that she came home from work and saw him lying in bed. He was complaining of fatigue and body aches, so he asked his wife to rub ointment on him," said Rushdan Mohamed.

"Shortly after that he fell unconscious and he was gone," Rushdan said, adding he was shocked to hear that Shaifudin had passed on, as the blogger had put up a new posting only this afternoon.

Another friend and fellow blogger, Syed Akbar Ali said he was sad to hear of his friend's passing.

"He used the name Din Turtle because he was a diving guide in Terengganu. He was among the earliest of former pro-Umno bloggers who did not agree with the way the present regime was behaving and running things," said Syed, who runs the popular OutSyed The Box blog.

"He became a strong and forceful critic of the
Loading...
government. Din was an independent thinker. We will miss his critical writing and forceful views," he told FMT.

Shaifudin began blogging in 2008. Prior to that, he ran a souvenir stall. His Din Turtle original blog has attracted more than 3.5 million unique visitors.

FMT understands that Shaifudin will be buried in the Muslim cemetery near Primula Hotel in Kuala Terengganu at 10.00am tomorrow
Takziah buat keluarganya.. dan Al Fatihah buat Allahyarham..

Mula-mula Jemput, Kemudian UMNO Pahang Halau Wartawan.. Kenapa?

Posted: 20 Nov 2016 06:14 AM PST


Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak melahirkan kekesalan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Pahang dan Umno negeri itu yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam menghormati tugas wartawan dengan menghalang mereka daripada membuat liputan konvensyen Umno.


"Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di negeri itu namun kali ini keadaannya lebih memalukan kerana membabitkan bukan sahaja individu yang sama malah turut mengheret parti politik yang diketuai dan diwakilinya untuk bersama-sama bertindak secara tidak bertamadun.

"Wartawan bukan insan yang ditugaskan semata-mata untuk menerima penghinaan seperti ini kerana setiap tugasan yang diberi adalah mengikut arahan ketua mereka dan jemputan yang diterima daripada penganjur.

"Peliknya Umno Pahang mahu pun setiausaha akhbar menteri besar Pahang sendiri telah menjemput media untuk membuat liputan Konvensyen Umno tersebut tetapi kemudiannya bertindak menghalau mereka pula pulang," kata Mohd Taufek dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya tidak berpuas hati dengan mana-mana akhbar atau media sekalipun, jangan menjadikan golongan wartawan yang turun membuat liputan sebagai mangsa melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.

"Ia seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

"NUJ secara terbuka menganggap tindakan menteri besar Pahang dan Umno Pahang menghalau keluar wartawan daripada majlis mereka sebagai tindakan yang cukup tidak profesional dan membelakangkan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain.

"Jika tidak puas hati dengan akhbar atau media atau editornya, gunakan saluran perundingan yang lebih bermaruah berbanding menjadikan wartawan yang hanya menjalankan tugas dan arahan ketua mereka sebagai mangsa," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, NUJ menuntut Menteri Besar Pahang dan Umno Pahang yang bersikap seperti kebudak-budakan ini supaya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, tambahnya.

Ini penting bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, kenyataan permohonan maaf bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, menteri besar dan Umno Pahang, ujar beliau lapor Malaysiakini

Loading...
Back To Top