Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tiga Pusat Hiburan Diserbu Langgar SOP Fasa 3 PPN

Loading...
83 individu yang berusia antara 16 hingga 62 tahun itu terdiri daripada tiga penjaga premis pusat hiburan






Tiga pusat hiburan diserbu langgar SOP Fasa 3 PPN

16/10/2021

3 Pusat hiburan di Johor Bahru diserbu polis, semalam kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara fasa 3. 83 individu diperiksa dan dikompaun termasuk 3 penjaga premis, melibatkan nilai keseluruhan kompaun, RM357,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan memberitahu, serbuan pertama melibatkan pemeriksaan ke atas 50 orang di sebuah pusat hiburan di Stulang Laut. Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua penjawat awam bersama pelanggan lain antara yang ditahan dan dikompaun.

Polis juga menangkap 29 individu positif dadah dan 10 wanita warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah, serta seorang penjaga premis. Serbuan kedua di Masai menyaksikan 14 individu dikompaun, manakala penjaga premis bersama 3 wanita warga asing ditahan.

Sementara dalam serbuan ketiga di Kawasan Komersial Southkey Mosaic, 16 kompaun dikeluarkan. Seorang penjaga premis dan 2 orang pelanggan ditahan selepas gagal mengemukakan kad pengenalan. Semua yang dikompaun dan ditangkap berusia antara 16 hingga 62 tahun.

Kes disiasat mengikut seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan negeri Johor 4/98, bersama seksyen 269 kanun keseksaan serta seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan seksyen 6(1)(c) Akta sama.

Sumber: One News YouTube







Loading...
Back To Top