Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis Rampas Kereta Kerajaan Negeri Digunakan Norhizam

Loading...
Polis Rampas Kereta Kerajaan Negeri






Polis rampas kereta kerajaan negeri digunakan Norhizam

Harian Metro
13/10/2021

Polis merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri yang sebelum ini didakwa enggan dipulangkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu dirampas pasukan polis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, jam 11.20 pagi pada 12 Oktober.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu dibuat pihaknya susulan laporan polis diterima membabitkan salah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri secara tidak jujur.

Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka mengatakan kenderaan terbabit tidak dipulangkan.

Sumber: Harian Metro YouTube

Loading...
Back To Top