Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Padah Tawar Pinjaman Tidak Wujud, Empat Sekawan Dijatuhi Hukuman Denda

Loading...
 Lee Soon Ching, 21, Liew Hui Juan, 28, Connie Nam, 25, dan Ho Wei Lun, 33


Padah tawar pinjaman tidak wujud, empat sekawan dijatuhi hukuman denda

Astro Awani
14/10/2021

BUKIT MERTAJAM: Padah menawarkan pinjaman tidak wujud, empat sekawan masing-masing didenda RM4,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan menjatuhi hukuman itu terhadap Lee Soon Ching, 21, Liew Hui Juan, 28, Connie Nam, 25, dan Ho Wei Lun, 33, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mohd. Harith turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda selain memerintahkan semua barang kes dilupuskan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama menawarkan pinjaman wang tidak wujud.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di B-11-03, Goodfield Resident, Jalan Bukit Minyak Permai 2, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 4.05 petang pada 7 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ima Syakira.

Terdapat 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung satu sindiket pinjaman wang tidak wujud sejak Januari lalu dengan anggaran kerugian RM401,815.32.







Loading...
Back To Top