Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bakal Pengantin Dirogol Bomoh 'Ayah Su'

Loading...
Nasaruddin Md Nasir 






Bakal pengantin dirogol bomoh 'Ayah Su'


17/10/2021

Bakal pengantin yang dikatakan mengalami gangguan makhluk halus mendakwa dirogol seorang bomoh yang dikenali sebagai 'Ayah Su' di Tendong di Pasir Mas, ketika mendapatkan rawatan pada petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Nasaruddin Md Nasir berkata, pada mulanya gadis berusia 23 tahun itu dikatakan terjumpa dengan suspek berusia 67 tahun di sebuah kedai pada hari kejadian dan menceritakan keadaan dialaminya kepada lelaki terbabit.

Nasaruddin berkata, mangsa kemudiannya diminta menanggalkan seluar dan sesi 'rawatan' dimulakan apabila hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik itu.

Menurutnya, sesi 'rawatan' selama setengah jam itu berakhir dengan kejadian rogol dan suspek meminta agar wanita itu datang sekali lagi untuk rawatan susulan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Ahad.

Sumber: Harian Metro YouTube

Loading...
Back To Top