Loading...
Oleh Arif Atan
Kalau kita perasan perarakan LGBT dan anti patriarki di Kuala Lumpur semalam banyaknya menggunakan bahasa Inggeris pada plakad mereka.
Ucapan pun guna bahasa Inggeris. Tak hairan cara fikir mereka pun berkiblatkan Amerika. Ciri bijaksana, berhemah tinggi orang Barat tidak pula diteladani. Tang orientasi seks melanggar fitrah juga yang diikuti.
Ada juga cuba mahu nampak tempatan atau "menunggang" ciri Melayu dengan guna bahasa Melayu bahkan siap bertulisan jawi.
Ada yang tampil dengan imej bertudung memperjuangkan "kesamarataan" gender yang tidak sama dengan "keadilan" gender.
Tapi imej yang dominan dalam perarakan LGBT semalam yang merosakkan semangat sambutan Hari Wanita adalah bahasa Inggeris dan sistem sosial masyarakat Barat yang cuba untuk dipaksakan kepada masyarakat kita yang sejak ribuan tahun menyaksikan Melayu-Islam itu sebagai paksi kebudayaan yang mengakar umbi dalam norma sosial masyarakat kita selama ini.
Mereka inilah kelompok minoriti dalam kehidupan bernegara kita yang menentang norma sosial dengan mengambil kesempatan di atas 'peluang' kebebasan bersuara era Malaysia Baru.
Mereka enggan lagi bersikap memencilkan diri dengan prinsip dan gaya hidup hidup mereka sebaliknya menginjak ke satu fasa mahu memaksa pula masyarakat mengiktiraf mereka.
Sedangkan lelaki perempuan bercinta pun masih taboo untuk dilihat bercium di khalayak awam apa lagi ekspresi cinta LGBT. Itu pun bodoh sangat kelompok LGBT mahu faham.
Mereka sendiri tidak liberal apabila terlalu obses mahukan masyarakat mengiktiraf mereka. Penentang norma sosial dengan tuntutan mereka ini buat kerja bodoh ibarat mencangkul angin.
Itu sebab tidak wajar sama sekali Menteri Agama sebelum ini sibuk luang masa melayani sangat kelompok penentang norma sosial yang memaksa massa mengiktiraf mereka lantaran enggan menghormati nilai kebudayaan umum masyarakat.
Naratif penentang norma sosial ini mudah tapi tak masuk akal. Mereka mahu kelompok majoriti menerima mereka pada ketika mereka pula tidak menghormati nilai sejagat yang berpegang pada hukum lelaki padanannya wanita.
Sama
Penyimpangan sosial mereka samalah seperti kumpulan minoriti yang mahukan "kesamarataan" kaum tanpa mahu memahami apa lagi menghormati nilai sejarah.
Ekspresi kelompok LGBT sebagai segmen minoriti dalam masyarakat Malaysia samalah seperti sikap kelompok cauvinis yang mahu papan tanda banyak bahasa dan lebih banyak sekolah beridentitikan kaum 'first', Malaysia 'last' bukan 'second' lagi dah dibina dan dibina lagi.
Sikap memaksa oleh golongan LGBT di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam samalah dengan pola rasisme meletakkan syarat penguasaan bahasa Mandarin bagi mengisi peluang pekerjaan swasta ketika rantaian hegemoni mereka dalam kek ekonomi negara. Mereka mahu memaksa masyarakat dan sistem bernegara ini tunduk kepada nafsu mereka.
Ironinya, mereka yang gila bercakap soal "kesamarataan" gender atau orientasi seks oleh aktivis LGBT buat-buat lupa golongan lelaki lembut misalnya diterima secara terbuka oleh masyarakat. Tiada pula kita dengar masyarakat membelasah mak nyah yang jadi mak andam pengantin atau ada tomboy diludah secara berjemaah.
Mereka yang gila bercakap soal "kesamarataan" kaum pula tidak sedar Malaysia selama ini tidak pun mengamalkan dasar asimilasi seperti dilalui etnik Tionghoa di Indonesia atau seperti nasib kaum Melayu di empat wilayah selatan Thailand yang berjaya 'disiamisasikan' sampai tak pandai cakap Melayu. Sama juga sebahagian generasi muda Melayu Singapura tak fasih lagi lidah berbahasa Melayu. Sedih.
Nilai kebudayaan tanah air ini dengan Melayu itu sebagai pentakrif juga mereka mahu cuba runtuh leburkan dan ubah mengikut fahaman angkuh bodoh sombong mereka.
Rekonstruksi kebudayaan sedang dilakukan secara halus apabila kelompok penentang naratif Melayu sebagai pentakrif negara bangsa ini menyusup dalam kerajaan hari ini dengan antara paling kritikal menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK). Jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri juga wakil rakyat diambil kesempatan untuk mengutamakan kepentingan kaum bukan kepentingan nasional.
Mereka jugalah lantang menuntut bahasa Inggeris diperluas (baca: mengambil tempat sepenuhnya) dalam sistem pendidikan bahkan mahu sekolah aliran Inggeris dikembalikan sekali gus membunuh roh pendidikan kebangsaan.
Mereka kerap merengek kononnya kaum minoriti ditindas serba serbi sedangkan mereka menjadi kuasa majoriti dalam ekonomi lantaran tiadanya penindasan kaum seperti mereka dakwa.
Lebih memburukkan keadaan, mereka dari kelas elit dan kelompok niagawan memaksa pula kerajaan mengiktiraf sijil persekolahan berkiblatkan Tanah Besar China bukan bersandarkan semangat nasional yang berpijak di tanah air ini.
Itu sebab kalau ada orang Melayu acah urban sama ada rakyat biasa apatah lagi sudah jadi Menteri kalau tak faham naratif ini, memang dungulah.
Kelompok penentang norma sosial bernegara juga mengherdik pemerintah supaya menyalurkan jutaan ringgit peruntukan kerajaan lagi dan lagi kepada sistem pendidikan bersifat perkauman.
Itu sebab dalam isu LGBT dan dalam menangani kelompok Anglophile, ultra kiasu, cauvinis dan rasis, suara mereka yang degil menentang norma sosial ini lebih elok abaikan saja. Usah diberi sedikit pun kuasa atau ruang untuk mereka naik lemak untuk mencemarkan norma sosial yang telah disepakati.
Orang politik yang bergelar Menteri dan wakil rakyat pun cerdiklah sikit. Tidak usah terlalu idealis untuk menyantuni mereka sangat apa lagi memenuhi tuntutan golongan yang melampaui batas.
Bukankah al-Quran pun banyak kali beri peringatan terhadap golongan melampaui batas?
Degil
Bagi 'pejuang' penyimpangan norma sosial yang terus berdegil dengan gaya hidup dan fahaman anti nilai nasional dalam sistem pendidikan, kamu teruskanlah dengan apa yang kamu mahu, tidak perlu memaksa masyarakat dan negara mengiktiraf kamu.
Kalau menyampah sangat dengan Malaysia yang dianggap mendiskriminasi LGBT, pindahlah ke Sweden.
Kalau pandang rendah sangat dengan bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan kebangsaan, tukarlah kewarganegaraan kamu jadi warganegara Amerika, Singapura, China atau Taiwan.
Semakin kuat kamu menonjolkan semangat penyimpangan norma sosial kelompok kamu, semakin kuat massa menghina kamu.
Akhirnya, tanah air kita asyik bergelora tidak sejahtera lantaran sikap melampaui batas golongan yang "dua kali" bersikap keterlaluan - menentang norma dan memaksa masyarakat mengiktiraf.
Segala tenaga, wacana dan masa akan dibazirkan untuk melayan golongan penentang norma sosial.
Adakah itu yang penentang norma sosial mahu?