Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hadi dan Pas masih hidup di zaman 60an?

Loading...
 Oleh WEE TAI

Hadi dan Pas ni betul-betul masih hidup dalam zaman 60an. Apa tidaknya? Dia rasa dia boleh berbohong dan menipu semua orang di semua masa.

Di tahun 60an begitulah. Rakyat boleh ditipu, dibohong kerana rakyat tidak terdedah kepada sumber maklumat. Kalaupun ada, tidak sepantas sekarang ini. Dan tradisinya masyarakat melayulah yang senang dibohong kerana majoriti di luar bandar ketika itu.
Tapi sekarang dah berbeza. Maklumat dihujung jari! Hanya perlu ketik di telefon, maklumat akan terpapar. Apa lagi dengan kelajuan internet? Maklumat dari mana sahaja boleh dicapai sepantas kilat.
Apa lagi maklumat dan berita tempatan. Malah rakyat Malaysia tak perlu lagi ‘menghambakan diri’ dengan media arus perdana yang tradisinya dari zaman Umno/BN merupakan media propaganda kerajaan.
Bila A di Malaysia mengata tentang si B. Si B akan cepat membalas dan membetulkan walaupun si B berada jauh di London. Itulah dunia global tanpa sempadan! Semua kita harus menyedarinya.
Itu tidak berlaku kepada Hadi dan Pas. Hadi dan Pas sedang mengidap penyakit AIDS – Acute Incapability Denial Syndrom. AIDS yang sangat kronik. Dan kini telah menular di kalangan lebai dan ahlinya.
Bukan itu sahaja. Sanggup pula mencemar kesucian Islam dengan BPS – Bohong Patuh Syariah demi parti. Malah BPS ini dah jadi ratib harian di masjid dan surau seluruh negara untuk menegak benang basah.
Bermula dengan rakaman audio Nik Abduh. Mula-mula menafikan dan sanggup keluarkan kata sumpah terhadap ‘pemfitnah’nya. Kemudian menjilat ludah sendiri. Sanggup pula Nik Abduh mendakwa yang dia berbohong kerana presidennya, Hadi minta dia berbohong.
Lebai-lebai semua berpencak silat lidah mengeluarkan dalil di surau dan masjid mengatakan bohong itu adalah sebahagian dalam  Islam.  Hancur dan buruk imej Islam dibuatnya!
Mutakhir tentang bayaran RM1.4juta terhadap Sarawak Report. Setelah Anwar Ibrahim mendedahkannya, lebai-lebai tampil dengan sepak terajang lidah menghentam Anwar dan menafikannya.
Tapi bila pemilik SR, Clare Rewcastle_Brown mendedahkan perkara sebenar yang mendakwa dia menerima bayaran itu dari seorang tokoh koprat yang mewakili Hadi dan Pas, terkejut beruk sekejap lebai-lebai semua.
Anehnya, Hadi tetap hidup dalam zaman 60an. Dua malam lepas di Marang Hadi menafikan yang dia dan Pas membayar SR RM1.4juta. Memanglah bukan dia. Tapi ‘kawannya’ orang koprat yang mewakili bagi pihak dia.
Tak sampai sehari, Clare SR mencabar Hadi untuk menyatakan segala terma sulit yang terkandung dalam penyelesaian luar mahkamah mereka.
Kalau Hadi tidak menjawab cabaran Clare SR ini, terbuktilah Hadi ini pembohong besar. Bukan sahaja pembohong, tetapi menyuruh lebai seperti Nik Abduh dan ahlinya untuk berbohong. Kesian ahli Pas dibohong dan ditipu hidup-hidup.
Hadi kata dia dan Pas tidak mempunyai duit sebanyak itu. Bukan semua tak tahu. Pungutan derma Tin Milo telah dilakukan semasa kes sedang berjalan. Mengikut Zuhdi, Ketua Penyelidik PAS, mereka telah berjaya mengutip RM2.5juta ketika itu.
RM2.5 lebih dari RM1.4juta. Tak mungkin tokoh koprat itu nak gunakan duit dia sendiri? Boleh lah kalau tak sebanyak itu sekitar ribuan ringgit. Mungkin itulah duit Tin Milo yang digunakan untuk lepaskan Hadi.
Cukuplah Nik Abduh berbohong. Cukuplah Hadi berbohong. Cukuplah ratib bohong lebai-lebai di surau dan masjid. Dan kepada ahli-ahli Pas, cukuplah anda dibohong dan diperbodohkan oleh pemimpin kalian.
Dan cukuplah kesucian Islam tercemar dan menjadi buruk oleh Parti yang memperdagangkan Islam untuk kelangsungan politik mereka.
Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan dan ROS mengkaji semula penggunaan perkataan Islam pada nama PAS itu!
Loading...
Back To Top