Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[video] 'Najib orang yang hebat...'

Loading...


Menganggap Datuk Seri Najib Razak sebagai insan yang hebat, seorang penyokong bekas perdana menteri itu hari ini tampil membelanya dengan memberikan rasional di sebalik pelbagai harta mewah yang dirampas pihak berkuasa.

Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor Nazilah Idris berkata ketika ini anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu dalam keadaan tenang walaupun berdepan dengan ujian getir.

"Dia (Najib) orang hebat kerana dalam keadaan macam ini pun dia masih tenang," katanya kepada media selepas menziarahi bekas presiden Umno itu di Taman Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai harta kekayaan yang disita pihak berkuasa dalam siasatan mereka ke atas keluarga Najib, Nazilah berkata tidak ada apa yang perlu dipertikaikan.

"Datuk Seri Najib anak perdana menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi menteri besar Pahang selama 30 tahun," katanya.

Menurut Nazilah, dia sendiri boleh mengumpul kekayaan jika ada jalan yang terbuka seperti keuntungan daripada perniagaan.

"Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan.

"Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB," katanya.

Loading...
Back To Top