Berita Malaysia dan negara Tetangga

TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini malam ini.

Beliau menjelaskan, proses penggeledahan itu dilakukan pasukan polis bagi 'mencari sesuatu' di kediaman Najib.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

"Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, penggeledahan itu dilakukan untuk mencari beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Deevelopment Berhad (1MDB).

Sejak pukul 9 malam tadi, kira-kira 50 petugas media tempatan dan luar negara berkampung di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib.
Back To Top