Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Selepas SPRM, pemeriksaan rapi ke atas SKMM pula

Loading...
Polis sedang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas semua kenderaan yang keluar masuk dari ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya.
Ini susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan tiada dokumen yang dibawa keluar daripada kementerian dan agensi berkenaan.
Malaysiakini menyaksikan beberapa anggota polis ditempatkan di pintu masuk bangunan SKMM yang memeriksa setiap kenderaan.
Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang kakitangan SKMM berkata langkah itu bertujuan menghalang mana-mana kakitangan yang mungkin cuba melupuskan dokumen berkaitan dengan pentadbiran terdahulu.
Kakitangan itu, walau bagaimanapun menafikan bangunan berkenaan diserbu kerana tidak ada anggota polis memasuki premis itu untuk mencari dokumen.
Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah sekutu rapat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. - mk
Loading...
Back To Top