Berita Malaysia dan negara Tetangga

[MOHON TUN M TANGANI] Agenda Cina lebih agresif pasca PRU14

Agenda Cina lebih agresif pasca PRU14
Permintaan persatuan-persatuan cina membuktikan agenda Cina diteruskan dengan lebih agresif pasca PRU14, jika dilihat pada analisa keputusan PRU14, kerusi yang dimenangi DAP bertambah ke 42 kerusi parlimen sekaligus membuktikan kekuatan politik orang Cina di peringkat nasional. Tuntutan Hua Zong untuk jawatan TPM dan timbalan menteri dalam beberapa kementerian penting untuk orang Cina, dilihat sebagai kesinambungan kemenangan politik orang Cina.

Jika kita sedar, Dong Zhong pula memainkan peranan menekan kerajaan supaya pengiktirafan UEC dilakukan dengan segera. Selain itu, kita dapat lihat inisiatif Dewan Perniagaan Malaysia - China (MCCC) yang berusaha mendapatkan jaminan kerajaan untuk terus menyokong inisiatif "Belt and Road" China.
Tuntutan-tuntutan ini dilihat bercanggah dengan semangat Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP selaku wakil orang Cina dalam politik dan kerajaan. Ia menimbulkan kerisauan, adakah slogan Malaysian Malaysia yang dilaungkan sekadar helah menjinakkan orang Melayu, supaya agenda Cina dapat diteruskan dengan jayanya? Adakah seruan yang dilaungkan hanya retorik semata-mata, yang hanya digunakan ke atas kepentingan dan hak istimewa orang Melayu yang telah dijamin di dalam perlembagaan?
Pemuda Isma menyeru persatuan-persatuan Cina untuk menghormati prinsip perlembagaan persekutauan dan tidak membuat tuntutan-tuntutan yang menggangu sensitiviti orang Melayu selaku kaum majoriti di Malaysia. Kami juga berharap agar kerajaan terus memainkan peranan dalam menjaga kepentingan dan sensitiviti orang Melayu.
Muslim Bin Abdullah Zaik
Biro Penerangan dan Kajian
Pemuda ISMA
Rujukan:
Back To Top