Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KP SPRM Menamatkan Kontrak BUKAN Letak Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam

Loading...

KENYATAAN MEDIA SPRM
PENAMATAN KONTRAK KETUA PESURUHJAYA SPRM
Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya telah menyerahkan surat penamatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, hari ini.

Penamatan kontrak itu berkuat kuasa mulai hari ini dan saya akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok.

Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SPRM yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan saya mulai 1 Ogos 2016.

Saya berharap seluruh warga SPRM akan terus memikul amanah dan tanggungjawab dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini bersama kepimpinan baharu.

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu.

TAN SRI DZULKIFLI AHMAD
KETUA PESURUHJAYA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
14 MEI 2018
Loading...
Back To Top