Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mahu dakwa Najib punca Gani Patail dipecat - Tun M

Loading...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ketika dalam proses untuk mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewangan 1MDB.

"Beliau mendakwa dalam proses mahu mendakwa Najib dan pagi itu beliau dapat tahu telah dipecat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Ditanya sama ada Abdul Gani ada menunjukkan dokumen berkaitan kes itu semasa pertemuan dengannya pada Selasa, Dr Mahathir berkata tiada sebarang dokumen dikemukakan.

"Dia hanya beritahu secara verbal sahaja, tiada dokumen. Saya tidak minta sebarang dokumen," katanya.

Mengikut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015  atas sebab-sebab kesihatan.

Ali berkata Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Susulan itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2015.

Pelantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Najib selaku perdana menteri ketika itu

Loading...
Back To Top