Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis Cari 'Marshal' Berlagak Polis Trafik

Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal 





Polis cari 'marshal'
Loading...
berlagak polis trafik

Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di Port Dickson seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman video menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Menurutnya peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.


Sumber: Harian Metro YouTube
Loading...
Back To Top