Pelatih lari dari pusat pemulihan maut |
Pelatih lari dari pusat pemulihan maut dipercayai dibelasah warden
Leher dipijak, dada dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan. Itu yang berlaku terhadap seorang pelatih pusat pemulihan dadah dan akhlak di Changlun, yang dipukul warden selepas ditangkap kerana cuba melarikan diri, pada 4 November.
Tindakan warden terbabit menyebabkan lelaki berusia 31 tahun dan
Loading...
berasal dari Perlis itu pengsan sebelum dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang dimasukkan ke pusat pemulihan April lalu disebabkan masalah ketagihan ganja melarikan diri kira-kira jam 3 pagi semalam sebelum warden berkenaan keluar mencarinya.
Beliau berkata, warden terbabit datang ke sel mangsa jam 11 pagi dan memijak leher, memukul serta menendang dada.
Kamarul Zaman berkata, susulan daripada itu seorang lelaki berusia 46 tahun yang masih bujang dan bertugas sebagai warden sejak lebih setahun lalu di pusat pemulihan terbabit ditahan.
Katanya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro YouTube