Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Murid Maut, Sepupu Parah, Basikal Elektrik Dilanggar Kereta

Murid sekolah rendah antara dua maut





Loading...
large;">Murid maut, sepupu parah, basikal elektrik dilanggar kereta

Dua maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta, sebuah basikal elektrik dan pejalan kaki di Jalan Bukit Putera di Setiu malam Khamis.

Mangsa maut adalah pejalan kaki, Azuka Muhamad, 46, dan pembonceng basikal elektrik, Muhammad Adif Danial Azman, 10, selepas kedua-duanya parah pada anggota badan.

Turut cedera, sepupu kepada Muhammad Adif Danial.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 36 tahun dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar basikal elektrik dinaiki dua sepupu terbabit.

Kereta turut melanggar sebuah Proton Wira yang diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kenderaan sama bergerak dan melanggar seorang lagi mangsa yang juga pejalan kaki.

Sumber: Harian Metro YouTube

Loading...
Back To Top