Allahyarham Datuk Ahmad Faizal bin Abdul Rahman. |
Petang ini, saya sempat menziarah keluarga pegawai saya, Allahyarham Datuk Ahmad Faizal bin Abdul Rahman.
Khabar dukacita pemergian Allahyarham ini sesungguhnya amat mengejutkan saya dan seluruh ahli keluarga.
Allahyarham Datuk Ahmad Faizal mula berkhidmat dengan saya sebagai Pegawai Khas ketika saya menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan kemudian ketika saya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sewaktu saya menjadi Perdana Menteri pada Mac 2020, Allahyarham berkhidmat sebagai Pegawai Khas yang mengendalikan hal ehwal
Loading...
antarabangsa.
Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Allahyarham merupakan seorang pegawai yang berdedikasi, bertanggungjawab dan amanah. Ini selari dengan ikrar beliau sebagai seorang penjawat awam untuk sentiasa memelihara kepentingan negara.
Sememangnya, banyak kenangan manis bersama Allahyarham sepanjang beliau berkhidmat dengan saya.
Saya doakan agar roh Allahyarham Datuk Ahmad Faizal dicucuri rahmat dan darjatnya diangkat di sisi Allah SWT. Saya turut mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham terutamanya tiga anaknya iaitu Lyana Kamilia, Syamil Imran dan Adeeb Imran diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi detik yang menyedihkan ini.
Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solihin dan segala amalan Allahyarham diterima Allah SWT.
Al-Fatihah