Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tiga Lagi Destinasi Pelancongan Disasar Dibuka Semula 1 Oktober - Nancy

Datuk Seri Nancy Shukri

Tiga lagi destinasi pelancongan disasar dibuka semula 1 Oktober - Nancy

Astro Awani
21/9/2021

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan pada fasa gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kerajaan bersetuju untuk membuka tiga destinasi pelancongan dalam tempoh terdekat ini.

Ketiga-tiga destinasi berkenaan ialah Pulau Tioman, Genting Highlands dan Melaka.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, perkara tersebut antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Parlimen.

“Hari ini, kita telah meluluskan dan perkara ini akan dibentangkan lagi esok dalam sidang di mana kita telah menamakan tiga destinasi baharu dan ini bukanya eksklusif. Insya-Allah, kita akan memberikan lagi destinasi-destinasi yang lain setelah kita berbincang bersama," katanya dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu di sini, pada Selasa.

Kerajaan mensasarkan tempoh pembukaan destinasi baharu itu pada 1 Oktober depan, namun tempoh dua minggu akan diberikan kepada operator pelancongan untuk membuat persiapan rapi terutamanya membabitkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Tambah Nancy, ini berikutan prestas baik yang dipamerkan pada fasa pembukaan Pulau Langkawi yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong sejak 16 September lalu.

Selain daripada aspek pematuhan SOP, jumlah pelancong ke pulau lagenda itu turut menunjukan prestasi memberangsangkan.

“Ketibaan penerbangan di Langkawi sejak 16 hingga 19 September merekodkan sejumlah 6,622 pelancong dan jumlah pelancong (yang tiba) melalui feri adalah 3,483 orang. Ini adalah angka yang kita perolehi secara tepat," tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata destinasi pelancongan yang akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.

Sektor pelancongan negara sebelum
Loading...
ini antara yang terkesan selepas pandemik COVID-19 melanda negara.

Industri pelancongan dan kebudayaan negara dilaporkan telah mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19.




After Langkawi, Genting Highlands, Pulau Tioman and Melaka to open to tourists - Nancy Shukri

BERNAMA
21/9/2021

KUALA LUMPUR: The Ministry of Tourism, Arts and Culture has proposed three more destinations to be opened via the domestic tourism bubble.

Its minister, Datuk Seri Nancy Shukri (pix) said the destinations are Genting Highlands, Pulau Tioman and Melaka and the proposal has been approved in the Covid-19 Ministerial Quartet meeting today.

“Today, we approved three more destinations (Genting Highlands, Pulau Tioman and Melaka), and they would be brought to the special meeting (Special Committee on Tackling Covid-19) tomorrow,” she told a media conference after the Covid-19 Ministerial Quartet meeting at Parliament building here, today.

The second meeting was chaired by Senior Defence Minister, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and was attended by Nancy and Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Nancy said the travel standard operating procedure (SOP) to the three destinations would be studied especially the entry SOP into Melaka which has a wide area of coverage while industry players in the three destinations have been told to be ready to receive visitors.


Loading...
Back To Top