Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sajat Di Bangkok, Pegang Kad Pelarian UNHCR - Polis

Nur Sajat

Sajat di Bangkok, pegang kad pelarian UNHCR - Polis

Astro Awani
24/9/2021


GOMBAK: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat berada di Bangkok dengan memegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dedah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok.

Jelas Abd Jalil, Nur Sajat memperolehi kad pelarian itu dengan bantuan ibu pejabat UNHCR di Malaysia dan sedang menunggu tawaran negara ketiga.

Beliau juga menjelaskan, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

"Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi
Loading...
membantunya berpindah ke negara terbabit.

"Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, pada Jumaat.

Dalam sidang media itu, Abd Jalil menjelaskan kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

"Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

"Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak," katanya.

Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

"Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini," katanya.






Loading...
Back To Top