![]() |
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan. - Foto Sinar Harian |
Reman pemandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga sebabkan kematian dilanjut
Astro Awani
17/9/2021
SHAH ALAM: Reman individu yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua maut dalam kejadian awal pagi Ahad lalu disambung selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, reman terhadap suspek disambung hari ini.
"Permohonan sambungan reman selama tiga hari telah dipersetujui oleh Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam Norliza Hussin.
"Kes ini turut diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Suspek yang memandu secara melawan arus itu sebelum ini direman enam hari untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu,
Loading...
dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan.
Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/reman-pemandu-lawan-arus-di-lebuhraya-persekutuan-hingga-sebabkan-kematian-dilanjut-320252
Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/reman-pemandu-lawan-arus-di-lebuhraya-persekutuan-hingga-sebabkan-kematian-dilanjut-320252
[Video] Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini melanjutkan perintah reman pemuda 24 tahun yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan pada 12 Sept lalu selama tiga hari bermula esok. pic.twitter.com/cucDWl58v8
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 17, 2021
Loading...