Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Menteri Sukan Gesa Pembukaan Semula Gimnasium, Sukan Padang

Loading...

Ahmad Faizal menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang selepas kerajaan memberikan kelonggaran SOP kepada industri kreatif berkuat kuasa Khamis ini. -Gambar fail

COVID-19: Menteri KBS gesa pembukaan semula gimnasium, sukan padang

Astro Awani
8/9/2021

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang (outdoor sports) selepas kerajaan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada industri kreatif berkuat kuasa Khamis ini.

Beliau turut menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin Khairy Jamaluddin untuk mempertimbang cadangan tersebut dengan SOP ketat demi kelangsungan hidup mereka yang terlibat.

"Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat.

"Ramai yang hampir terhenti nafas, tolonglah KKM.

"Tolonglah Khairy Jamaluddin. Perlu ada kewajaran dalam keputusan kita."

"KBS telah mencadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka, kuasa ada pada Majlis Keselamatan Negara (MKN), harap KKM sokong," katanya melalui ciapan Twitter, pada Rabu.

Terdahulu, kerajaan bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, bermula Khamis ini.

Keputusan itu yang dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, Khamis lalu.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-menteri-kbs-gesa-pembukaan-semula-gimnasium-sukan-padang-318527





Loading...
Back To Top