Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia | 29 September

Noor Hisham Abdullah

 

Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,725 kes (2,054,824 kes kumulatif, 91.5%);
  • Kes baharu : 12,735 kes (2,245,695 kes kumulatif);
  • Kes import : 17 kes (9 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,718 kes [11,842 warganegara (93.1%);  876 bukan warganegara (6.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 924 kes (849 kes COVID-19; 75 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 512 kes (387 kes COVID-19; 125 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,477 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,389 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,088 kluster.

Daripada 12,735 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 220 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 12,515 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEMUDAHAN SUAMI ATAU WARIS KELUARGA TERDEKAT MENEMANI ISTERI SEMASA PROSES KELAHIRAN DI WAD BERSALIN HOSPITAL KKM

Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran. Ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.

Semasa peningkatan jangkitan COVID-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM. Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak.

Berikutan suasana pandemik negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan, berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM telah membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu;

  1. Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu;
    • 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau
    • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
  2. Ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag; ATAU
  3. Ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Selain itu, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini. Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi. KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini. 

Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober 2021. Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 September 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,700 91.63 2,487 209,624
SELANGOR 1,633 23.96 1,940 (4) 677,662
JOHOR 1,384 34.79 1,241 (2) 195,845
KELANTAN 1,091 54.60 1,232 115,308
SABAH 991 24.10 993 (5) 197,973
PULAU PINANG 934 51.13 763 130,209
PERAK 920 51.88 913 102,229
KEDAH 782 34.01 1,033 134,835
PAHANG 679 25.80 697 (1) 64,717
TERENGGANU 672 50.97 726 55,645
MELAKA 328 33.73 194 58,345
WP KUALA LUMPUR 256 13.30 258 (4) 186,060
NEGERI SEMBILAN 144 12.28 132 (1) 97,244
PERLIS 58 21.74 97 3,892
WP PUTRAJAYA 25 25.92 28 6,144
WP LABUAN 3 2.46 1 9,963
MALAYSIA 12,599 36.80 12,735 (17) 2,245,695

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 12,735 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,487 25 1,313 –  1,149
SELANGOR 1,940 112 901 4 923
JOHOR 1,241 107 614 2 518
KELANTAN 1,232 29 798  – 405
KEDAH 1,033 38 584  – 411
SABAH 993 13
Loading...
style="border: 1px solid rgb(230, 230, 230); padding: 10px 13.3333px;">492 5 483 PERAK 913 81 399  – 433 PULAU PINANG 763 15 267  – 481 TERENGGANU 726 5 568  – 153 PAHANG 697 311 302 1 83 WP KUALA LUMPUR 258 3 106 4 145 MELAKA 194 22 76  – 96 NEGERI SEMBILAN 132 2 73 1 56  PERLIS 97 38  – 59 WP PUTRAJAYA 28 21  – 7 WP LABUAN 1 1  – JUMLAH KESELURUHAN 12,735 764 6,552 17 5,402

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Batu 21 Jalan Pontian Tempat Kerja Johor Kulai 26 116
2 Perusahaan Tanjung Labuh Tempat Kerja Johor Batu Pahat 22 38
3 Industri Sri Tanjung Tempat Kerja Johor Tangkak dan Muar 10 21
4 Jalan Teknologi Dua Gopeng Tempat Kerja Perak Kampar dan Kinta 36 155
5 Tapak Bina Jalan Kamunting Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 20 116
6 Dua Jalan Puchong Tempat Kerja Selangor Petaling 79 318
7 Industri Dua Anggerik Mokara 48 Tempat Kerja Selangor Klang, Petaling, dan Hulu Langat 44 113
8 Dah Tapak Bina Padang Tempat Kerja Kedah Kulim 30 81
9 Sungai Miang Tempat Kerja Pahang Pekan 51 121
10 Kampung Padang Tok La Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 13 16
11 Kampung Jejawi Alor Pasir Komuniti Kelantan Pasir Mas 11 11
12 Kampung Dalam Pupoh Komuniti Kelantan Kota Bharu 10 15
13 Kampung Simpang Tiga Banggol Petaling Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 10
14 Long Pasia Komuniti Sabah Sipitang 25 25
15 Jalan Taib Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kota Tinggi 11 85


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 29 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
MELAKA 1.01
WP PUTRAJAYA 1.01
PAHANG 0.99
PERAK 0.96
TERENGGANU 0.96
KELANTAN 0.95
 PERLIS 0.95
SARAWAK 0.93
JOHOR 0.93
NEGERI SEMBILAN 0.89
PULAU PINANG 0.87
WP KUALA LUMPUR 0.86
SELANGOR 0.85
KEDAH 0.85
SABAH 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.89
Loading...
Back To Top