Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada 29 September

Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 29 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,000 kes (2,037,099 kes kumulatif, 91.2%);
  • Kes baharu : 12,434 kes (2,232,960 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (8 warganegara);
  • Kes tempatan : 12,426 kes [11,591 warganegara (93.3%);  835 bukan warganegara (6.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 979 kes (871 kes COVID-19; 108 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 565 kes (378 kes COVID-19; 187 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,462 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,338 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,124 kluster.

Daripada 12,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 207 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 12,227 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,596 88.10 2,967 207,137
SELANGOR 1,641 24.07 1,362 (3) 675,722
JOHOR 1,481 37.21 1,289 (3) 194,604
KELANTAN 1,095 54.81 1,125 114,076
SABAH 1,080 26.26 1,000 196,980
PULAU PINANG 975 53.39 863 129,446
PERAK 911 51.34 971 101,316
KEDAH 747 32.48 652 (1) 133,802
PAHANG 704 26.74 663 64,020
TERENGGANU 663 50.29 612 54,919
MELAKA 343 35.23 375 58,151
WP KUALA LUMPUR 274 14.25 284 185,802
NEGERI SEMBILAN 150 12.80 169 (1) 97,112
PERLIS 60 22.60 79 3,795
WP PUTRAJAYA 23 23.83 18 6,116
WP LABUAN 4 3.42 5 9,962
MALAYSIA 12,746 37.23 12,434 (8) 2,232,960

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 12,434 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,967 89 1,196 –  1,682
SELANGOR 1,362 82 824 3 453
JOHOR 1,289 172 610 3 504
KELANTAN 1,125 33 714  – 378
SABAH 1,000 43 532  – 425
PERAK 971 12 553  – 406
PULAU PINANG 863 22 291  – 550
PAHANG 663 139 403  – 121
KEDAH 652 411 1 240
TERENGGANU 612 17 468  – 127
MELAKA 375 49 51  – 275
WP KUALA LUMPUR 284 17 137  – 130
NEGERI SEMBILAN 169 34 63 1 71
 PERLIS 79 24  – 55
WP PUTRAJAYA 18 8  – 10
WP LABUAN 5 1 3  – 1
JUMLAH KESELURUHAN 12,434 710 6,288 8 5,428

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Perindustrian Firma Tebrau Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 54 95
2 Industri Jalan Mahsuri Kluang Dua Tempat Kerja Johor Kluang 40 410
3 Jalan Desaru Penawar Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 22 43
4 Industri Sri Sulong 27 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 16 51
5 Jalan Sri Aman 2 Tempat Kerja Kelantan Pasir Puteh 8 15
6 Lorong Minyak Gas Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Pasir Mas 7 19
7 Taman Baru Bera Tempat Kerja Pahang Bera dan Temerloh 27 109
8 Industri Dua Jalan Tiga Kompleks Perabut Tempat Kerja Selangor Kuala Langat dan Klang 14 59
9 Jalan Buku Lima Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 10 39
10 Kampung Telaga Bata Sering Komuniti Kelantan Kota Bharu 10 13
11 Kampung Rasal Tok Uban Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 8
12 Kampung Paloh Kubang Sepat Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 15
13 Jalan Masjid Lati Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 7
14 Paya Luas Kuala Krau Komuniti Pahang Temerloh 27 42
15 Mokodou Komuniti Sabah Ranau 94 146


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 28 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.01
TERENGGANU 1.00
PAHANG 0.99
 PERLIS 0.98
SARAWAK 0.96
KELANTAN 0.96
PERAK 0.96
MELAKA 0.96
JOHOR 0.93
PULAU PINANG 0.88
NEGERI SEMBILAN 0.88
SELANGOR 0.87
KEDAH 0.86
SABAH 0.85
WP KUALA LUMPUR 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.88
Loading...
Back To Top