Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada 28 September

Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 28 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 14,160 kes (2,020,099 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 11,332 kes (2,220,526 kes kumulatif);
  • Kes import : 23 kes (18 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,309 kes [10,475 warganegara (92.6%);  834 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 986 kes (848 kes COVID-19; 138 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan); 
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 574 kes (369 kes COVID-19; 205 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,447 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,296 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,151 kluster.

Daripada 11,332 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 247 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 11,085 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

STRATEGI PEMBUKAAN SEMULA NEGARA: KEMUDAHAN PORTAL HOME QUARANTINE APPLICATION (HQA) SECARA ATAS TALIAN

Selari dengan strategi pembukaan semula dengan selamat atau reopening safely, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah melancarkan Portal Home Quarantine Application (HQA) pada 20 September 2021 yang lalu. Ini sebagai salah satu persiapan menghadapi pertambahan kemasukan pengembara dari luar negara atas pelbagai tujuan.

HQA telah mula digunapakai sejak 21 September 2021. Portal khas ini diwujudkan bagi memudahkan urusan permohonan kuarantin di rumah atau tempat kediaman kepada pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui pelbagai Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Menerusi Portal HQA ini, pemohon perlu mengemukakan permohonan di antara tujuh (7) hari ke 10 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Setelah seminggu HQA dilancarkan, iaitu sehingga 12 tengah hari 28 September 2021, portal HQA telah menerima sebanyak 4,883 permohonan lengkap. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,741 permohonan telah diproses (35.7 peratus) dan sebanyak 1,612 telah diberi kelulusan (33.0 peratus) untukmenjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

Daripada sejumlah 5,947 individu pemohon tersebut, kebanyakannya melibatkan pemohon warganegara Malaysia iaitu seramai 3,921 orang (65.9 peratus), diikuti oleh bukan warganegara 1,910 orang (32.1 peratus) dan pemastautin tetap Malaysia iaitu sebanyak 116 orang (2.0 peratus).

Walau bagaimanapun, sistem permohonan atas talian ini masih dalam proses peralihan dan dijangkakan portal ini akan digunakan secara sepenuhnya mulai Oktober 2021. KKM mensasarkan lebih banyak permohonan akan dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga (3) hari selepas ini. Sistem ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa, dan KKM mengucapkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan cadangan yang telah diberikan.

Selain itu, KKM ingin menasihati semua pemohon yang telah diberikan kemudahan tersebut agar mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin di rumah sepenuhnya agar dapat mengurangkan risiko daripada menyebarkan penyakit COVID-19 kepada keluarga dan komuniti. Perihal ini amat penting bagi mengelakkan penularan varian-varian yang baharu terutamanya Variant of Concern (VOC) atau Variant of Interest (VOI) ke dalam negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan proses pembukaan semula dengan selamat (reopening safely).

Keterangan lanjut mengenai portal ini boleh didapati di laman sesawang https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/ .

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,416 81.99 2,358 (2) 204,170
SELANGOR 1,793 26.31 1,231 (12) 674,360
JOHOR 1,564 39.31 1,319 193,315
KELANTAN 1,160 58.06 1,088 112,951
SABAH 1,109 26.97 965 (1) 195,980
PULAU PINANG 1,027 56.26 895 128,583
PERAK 985 55.54 678 100,345
KEDAH 798 34.73 819 (1) 133,150
PAHANG 707 26.87 677 63,357
TERENGGANU 695 52.69 629 (3) 54,307
MELAKA 334 34.33 303 (1) 57,776
WP KUALA LUMPUR 282 14.65 240 (3) 185,518
NEGERI SEMBILAN 150 12.83 89 96,943
PERLIS 63 23.56 19 3,716
WP PUTRAJAYA 25 25.62 19 6,098
WP LABUAN 3 3.15 3 9,957
MALAYSIA 13,112 38.30 11,332 (23) 2,220,526

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 11,332 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,358 106 1,321 2 929
JOHOR 1,319 123 605  – 591
SELANGOR 1,231 61 612 12 546
KELANTAN 1,088 23 729  – 336
SABAH 965 4 566 1 394
PULAU PINANG 895 55 310  – 530
KEDAH 819 574 1 244
PERAK 678 85 325  – 268
PAHANG 677 169 358  – 150
TERENGGANU 629 2 483 3 141
MELAKA 303 50 107 1 145
WP KUALA LUMPUR 240 4 95 3 138
NEGERI SEMBILAN 89 31 21  – 37
WP PUTRAJAYA 19 13  – 6
PERLIS 19 5  – 14
WP LABUAN 3 2  – 1
JUMLAH KESELURUHAN 11,332 715 6,124 23 4,470

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 28 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Kampung Seneng Komuniti Kelantan Bachok 17 28
2 Kampung Serai Lima Komuniti Kelantan Pasir Mas 13 14
3 Kampung Kekabu Kuala Lemal Komuniti Kelantan Pasir Mas dan Kota Bharu 8 8
4 Kampung Ganoh Komuniti Pahang Rompin 23 120
5 Kampung Sungai Leleh Komuniti Pahang Temerloh 15 35
6 Kampung Kuala Boh Komuniti Pahang Cameron Highlands 15 426
7 Kampung Panchor Jelai Komuniti Negeri Sembilan Jempol 27 77
8 Parit Enam Timur Komuniti Selangor Sabak Bernam 10 20
9 Kerteh Enam Dungun Komuniti Terengganu Dungun 54 129
10 Tapak Bina Jalan Murni Empat Tempat Kerja Johor Kulai 27 57
11 Perindustrian Jalan Ladang Siang Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 19 36
12 Industri Batu 29 Jalan Ipoh Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 16 55
13 Industri Jalan Haji Abdul Karim 53 Tempat Kerja Selangor Klang 12 25
14 Jalan Tasik Gua Musang Tempat Kerja Kelantan Gua Musang 24 39
15 Jalan Jambu Ipoh Tempat Kerja Perak Kinta 20 65


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 27 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
PAHANG 1.00
PERLIS 0.99
WP PUTRAJAYA 0.99
KELANTAN 0.97
PERAK 0.97
TERENGGANU 0.97
MELAKA 0.97
SARAWAK 0.93
JOHOR 0.93
PULAU PINANG 0.90
SELANGOR 0.88
NEGERI SEMBILAN 0.88
SABAH 0.86
KEDAH 0.85
WP KUALA LUMPUR 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.90
Loading...
Back To Top