Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada 27 September

Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 27 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,430 kes (2,005,942 kes kumulatif, 90.8%);
  • Kes baharu : 10,959 kes (2,209,194 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (2 warganegara; 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 10,947 kes [10,150 warganegara (92.7%);  797 bukan warganegara (7.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 980 kes (862 kes COVID-19; 118 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes (378 kes COVID-19; 201 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,432 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,267 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,165 kluster.

Daripada 10,959 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 205 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,619 88.90 2,723 201,812
SELANGOR 1,894 27.79 979 (5) 673,129
JOHOR 1,656 41.61 1,226 191,996
KELANTAN 1,191 59.60 983 111,863
SABAH 1,156 28.11 751 195,015
PULAU PINANG 1,101 60.29 793 127,688
PERAK 1,057 59.57 713 99,667
KEDAH 794 34.53 660 132,331
PAHANG 712 27.04 739 62,680
TERENGGANU 693 52.55 691 (2) 53,678
MELAKA 329 33.79 346 (2) 57,473
WP KUALA LUMPUR 298 15.49 176 (3) 185,278
NEGERI SEMBILAN 156 13.29 110 96,854
PERLIS 64 23.77 51 3,697
WP PUTRAJAYA 27 27.71 18 6,079
WP LABUAN 3 3.15 0 9,954
MALAYSIA 13,748 40.15 10,959 (12) 2,209,194

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 10,959 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,723 81 1,436  – 1,206
JOHOR 1,226 88 585  – 553
KELANTAN 983 55 604  – 324
SELANGOR 979 79 565 5 330
PULAU PINANG 793 25 326  – 442
SABAH 751 46 366  – 339
PAHANG 739 273 382  – 84
PERAK 713 92 335  – 286
TERENGGANU 691 8 542 2 139
KEDAH 660 16 392  – 252
MELAKA 346 29 104 2 211
WP KUALA LUMPUR 176 2 75 3 96
NEGERI SEMBILAN 110 3 71  – 36
 PERLIS 51 21  – 30
WP PUTRAJAYA 18 10  – 8
WP LABUAN  –
JUMLAH KESELURUHAN 10,959 797 5,814 12 4,336

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Sri Sulong 17 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 15 21
2 Jalan Mawai Batu Tujuh Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 9 283
3 Jalan Hala Jati Tujuh Tempat Kerja Perak Kinta 31 280
4 Industri Batu Dua Gerik Tempat Kerja Perak Hulu Perak 26 32
5 Jalan Delima Bintang 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, dan Cheras 22 214
6 Dah Perusahaan Tiga Industri Kulim Tempat Kerja Kedah Kulim 15 73
7 Industri Sawit Kuala Betis Tempat Kerja Kelantan Gua Musang 15 23
8 Jalan Dr Muthu Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban 19 125
9 Sawit Sungai Gayung Tempat Kerja Pahang Rompin 38 135
10 Kampung Baru Pantai Mek Mas Komuniti Kelantan Kota Bharu 21 26
11 Kampung Kubang Bunut Komuniti Kelantan Pasir Mas dan Gua Musang 12 14
12 Kampung Ayong Komuniti Kelantan Gua Musang 11 44
13 Lorong Pak Da Daud Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Pasir Mas 11 15
14 Lorong Kelochor Setia Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 17
15 Kampung Jias Komuniti Kelantan Gua Musang 7 11
16 Kampung Bendang Ikan Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 5
17 Melaban Komuniti Sarawak Limbang 37 50
18 Tembok Limbang Pusat Tahanan Sarawak Limbang 14 63
19 Jalan Mutiara Dua Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 13 15


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 26 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
 PAHANG 1.02
 PERAK 0.98
 WP PUTRAJAYA 0.98
 KELANTAN 0.97
 PERLIS 0.97
 TERENGGANU 0.96
 JOHOR 0.94
 SARAWAK 0.92
 MELAKA 0.92
 PULAU PINANG 0.90
 SELANGOR 0.89
 SABAH 0.87
 NEGERI SEMBILAN 0.87
 KEDAH 0.85
 WP KUALA LUMPUR 0.85
 WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.92
Loading...
Back To Top