Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada 26 September





Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,971 kes (1,989,512 kes kumulatif, 90.5%);
  • Kes baharu : 13,104 kes (2,198,235 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (3 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,096 kes [11,892 warganegara (90.8%);  1,204 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,058 kes (850 kes disahkan COVID-19; 208 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 580 kes (365 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,413 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,228 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,185 kluster.

Daripada 13,104 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 201 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 12,903 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,747 93.25 2,943 (2) 199,089
SELANGOR 1,950 28.62 1,558 (4) 672,150
JOHOR 1,704 42.82 1,455 190,770
SABAH 1,229 29.90 1,078 194,264
KELANTAN 1,202 60.17 1,206 110,880
PULAU PINANG 1,154 63.21 955 126,895
PERAK 1,111 62.62 994 98,954
KEDAH 837 36.43 721 131,671
PAHANG 717 27.25 604 61,941
TERENGGANU 709 53.79 685 52,987
WP KUALA LUMPUR 317 16.45 270 185,102
MELAKA 304 31.21 362 57,127
NEGERI SEMBILAN 158 13.46 165 (2) 96,744
PERLIS 64 23.83 80 3,646
WP PUTRAJAYA 26 26.66 24 6,061
WP LABUAN 3 3.15 4 9,954
MALAYSIA 14,233 41.57 13,104 (8) 2,198,235

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 13,104 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,943 105 1,062 2 1,774
SELANGOR 1,558 149 862 4 543
JOHOR 1,455 200 678 577
KELANTAN 1,206 28 845 333
SABAH 1,078 36 611 431
PERAK 994 124 445 425
PULAU PINANG 955 27
Loading...
color: white;">410 518 KEDAH 721 4 490 227 TERENGGANU 685 1 549 135 PAHANG 604 117 386 101 MELAKA 362 29 135 198 WP KUALA LUMPUR 270 2 131 137 NEGERI SEMBILAN 165 93 2 70  PERLIS 80 48 32 WP PUTRAJAYA 24 13 11 WP LABUAN 4 3 1 JUMLAH KESELURUHAN 13,104 825 6,758 8 5,513

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Jalan P/1A Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 14 166
2 Industri Jalan Kachau Batu 28 Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 29 34
3 Tapak Bina Jalan Semenyih Tempat Kerja Selangor Hulu Langat dan Gombak 110 375
4 Tapak Bina Jalan Kulai Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 37 168
5 Persiaran Pelangi Indah Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 59
6 Jalan Chenderik Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa dan Cheras 12 41
7 Kampung Kubang Bunut Kasar Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 5
8 Kampung Gual Pasir Komuniti Kelantan Pasir Mas 6 7
9 Kampung Inoi Komuniti Pahang Rompin 27 93
10 Sungai Poh Komuniti Sarawak Limbang 44 47
11 Jalan Ann Chuan Komuniti Johor Tangkak 9 17
12 Ulu Rengat Komuniti Perak Hulu Perak 8 27

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 25 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
PAHANG 1.02
WP PUTRAJAYA 1.02
TERENGGANU 0.98
     PERAK 0.97
KELANTAN 0.97
SARAWAK 0.96
JOHOR 0.95
PERLIS 0.93
MELAKA 0.89
NEGERI SEMBILAN 0.89
SELANGOR 0.89
PULAU PINANG 0.88
SABAH 0.86
KEDAH 0.85
WP KUALA LUMPUR 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.91
Loading...
Back To Top