![]() |
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar |
SULTAN OF JOHOR URGES AG TO ABORT APPEAL AGAINST AUTOMATIC CITIZENSHIP FOR OVERSEAS CHILDREN BORN BY MALAYSIAN MOTHERS
HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has urged the Federal Government to abort plans to appeal the recent High Court decision allowing citizenship rights to children born overseas regardless if the Malaysian parent is the father or mother.
His Majesty said that all children born to Malaysian parents abroad must be accorded the right to citizenship in this country.
“The sanctity of the court must be upheld. Why discriminate against Malaysian mothers with overseas-born children? This is a basic right of every child, irrespective of whether the Malaysian parent is the father or the mother.
“It doesn’t feel right that Malaysian fathers and mothers are viewed differently in the eyes of the law concerning their child’s citizenship. Are Malaysian mothers less Malaysian than Malaysian fathers?” His Majesty said in a statement to the Royal Press Office (RPO) today.
Tuanku Sultan said the Government should stop rejecting citizenship rights to deserving individuals when the country was already plagued by the serious brain drain of talented and qualified young people.
“Now is the time to embrace, welcome and nurture them as Malaysians, not to reject and turn them away. Such a policy is fundamentally flawed,” he said.
Sultan Ibrahim said in the spirit of the “Malaysian Family” espoused by Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, the Attorney General should immediately withdraw the appeal against the court decision.
On 9th September, the High Court in Kuala Lumpur had ruled that a constitutional provision, which only granted automatic citizenship to overseas-born children if the father is Malaysian but not if the mother is Malaysian, was discriminatory.
The court ruled that the Malaysian mothers and Malaysian fathers with foreign spouses should be accorded the same benefit.
The
Loading...
Attorney General, however, has filed a notice to appeal against the ruling. The matter falls under the jurisdiction of the Home Ministry.
-----------------
SULTAN JOHOR GESA PEGUAM NEGARA MEMBATALKAN RAYUAN KEPUTUSAN HAK KERAKYATAN ANAK KEPADA IBU WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAHIR DI LUAR NEGARA
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, telah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menggugurkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan anak-anak yang dilahirkan kepada warganegara Malaysia di luar negara untuk diberikan kewarganegaraan secara automatik, tanpa mengira ianya ibu atau bapa kepada anak berkenaan.
Baginda bertitah menyatakan semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan negara ini.
“Kesucian mahkamah mesti dipelihara. Mengapa ibu warganegara Malaysia yang melahirkan di luar negara perlu alami diskriminasi? Ini adalah hak asasi setiap anak yang dilahirkan, tidak kira ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia.
“Ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak bapa dan ibu dipandang secara berbeza daripada sudut undang-undang dalam soal berkaitan kerakyatan anak mereka. Adakah ibu dan bapa mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang berbeza?,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
DYMM Sultan Ibrahim juga bertitah Kerajaan tidak wajar menolak kerakyatan kepada mereka yang berhak, lebih-lebih lagi apabila Malaysia kini berdepan masalah serius kehilangan orang muda yang berbakat dan berkelayakan.
“Inilah masanya untuk menerima mereka dan menerapkan semangat Malaysia dalam diri mereka, bukannya menolak dan menghalau mereka. Dasar seperti ini adalah tidak betul,” titah Baginda Tuanku Sultan.
Titah Baginda lagi, dalam semangat “Keluarga Malaysia” yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Peguam Negara harus segera menarik balik rayuan ke atas keputusan mahkamah itu.
Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.
Media massa kemudian melaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu.
Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar