Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jenazah Tan Sri Zaman Khan Selamat Dikebumikan

Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi. - Foto BERNAMA

Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan

Astro Awani
11/9/2021

KUALA LUMPUR : Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Jenazah Alllahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pada jam 3.30 petang, bagi memberi ruang kepada warga PDRM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 10.25 pagi selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit.

Tan Sri Zaman Khan ketika menerajui JSJ Bukit Aman sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an cukup dikenali dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas hingga membawa kepada penyelesaian kes berprofil tinggi.

Pada era pentadbiran beliau, beberapa kes
Loading...
besar yang membabitkan jenayah di negara ini adalah melibatkan usaha dan komitmennya sebagai Pengarah JSJ ketika itu.

Antaranya termasuklah kes tebusan di penjara Pudu pada tahun 1986, di mana ketika itu beliau merupakan Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam.

Selain itu Allahyarham juga terbabit dalam melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.

Malah, dalam rentetan episod itu, beliau sendiri pernah menerima ugutan daripada penjenayah terbabit.
Peristiwa runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993 juga antara rakaman peristiwa yang paling diingati membabitkan beliau. Momen yang paling ikonik adalah ketika petugas media negara merakamkan detik Allahyarham memegang erat mangsa pertama yang berjaya diselamatkan, iaitu seorang bayi, pada 11 Disember tahun tersebut.





Loading...
Back To Top