Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Husain Awang Dipilih Semula Sebagai Ahli Dewan Negara

Datuk Husain Awang 

Husain dipilih semula sebagai Ahli Dewan Negara

BERNAMA
15/9/2021

KUALA TERENGGANU, 15 Sept -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari
Loading...
ini sebulat suara meluluskan usul melantik semula Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang sebagai Ahli Dewan Negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan Husain dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Terengganu untuk tempoh tiga tahun.

“Semoga dengan penyertaan beliau (Husain) sebagai wakil Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri,” kata Ahmad Samsuri pada persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2018 hingga 2021, Husain, 75, juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu daripada 1999 hingga 2014 selepas PAS berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-10.

Bapa kepada 10 anak itu juga adalah bekas pensyarah di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini UniSZA) dan Kolej Islam Klang, Selangor.
Loading...
Back To Top