Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 5/9 : NEW DEATHS- 336 | New Cases- 20,396 | Active - 255,789 |Total - 1,844,835 |

Kenyataan Akhbar KPK 5 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,573 kes (1,570,827 kes kumulatif, 85.1%);
  • Kes baharu : 20,396 kes (1,844,835 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (6 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,388 kes [17,858 warganegara (87.6%);  2,530 bukan warganegara (12.4%)];
  • Kes aktif : 255,789 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,338 kes (959 kes disahkan COVID-19 ; 379 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 735 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 299 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 336 kes [18,219 kes kumulatif, 0.99%; 274 warganegara, 62 bukan warganegara; 107 kes BID (67 warganegara; 40 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,891 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,434 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,457 kluster.

Daripada 20,396 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 13,519 kes (66.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua; manakala
  • 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Daripada 322 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi. Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.  

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,396 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 3,886 197 2,115 3 1,571
SARAWAK 3,747 417 2,353 3 974
JOHOR 2,165 535 848 782
SABAH 2,136 68 1,280 1 787
PULAU PINANG 1,961 336 727 898
KEDAH 1,587 19 1,038 530
KELANTAN 1,078 47 750 281
PERAK 1,057 40 554 463
TERENGGANU 861 32 647 182
WP KUALA LUMPUR 597 13 248 1 335
PAHANG 486 83 336 67
MELAKA 459 166 162 131
NEGERI SEMBILAN 269 43 127 99
 PERLIS 78 1 34 43
WP PUTRAJAYA 25 18 7
WP LABUAN 4 3 1 0
JUMLAH KESELURUHAN 20,396 2,000 11,238 8 7,150

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Dua Jalan City Tempat Kerja Selangor Sepang, Hulu Langat, dan Petaling 25 96
2 Tapak Bina Persiaran Cybersouth 2 Tempat Kerja Selangor Sepang 27 823
3 Industri Jalan KPK 1/3 Tempat Kerja Selangor Gombak 19 28
4 Industri Jalan KPK 3/2 Tempat Kerja Selangor Gombak 36 87
5 Industri Jalan Tengkorak 2 Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 31
Loading...
style="border: 1px solid rgb(230, 230, 230); padding: 10px 13.3333px;">121 6 PLO Jalan Pekeliling Tempat Kerja Johor Johor Bahru 9 34 7 Industri Angkasa Mas Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 12 23 8 Air Hitam Batu 22 Tempat Kerja Johor Kulai 93 259 9 Gudang Batu Satu Suku Tempat Kerja Johor Batu Pahat 10 15 10 Industri Parit Masjid Tempat Kerja Johor Muar 62 92 11 Jalan Pengkalan Chepa Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Bachok 14 23 12 Lorong Wakaf Mek Zainab Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 8 15 13 Industri Valdor 20 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 61 118 14 Tapak Bina Persiaran Cassia Barat Tiga Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 195 326 15 Selendang Empat Dan Lima Tempat Kerja Pahang  Rompin 16  73 16 Tapak Bina Kempadang Tempat   Kerja Pahang Kuantan 15 192 17 Sungai Kelamah Tempat Kerja Negeri Sembilan Tampin 25 91 18 Jalan Milenia Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban 25 125 19 Dah Ladang Tekai Tempat Kerja Kedah Padang Terap 34 131 20 Koyah Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 25 89 21 Jalan Tunku Abdul Rahman Tempat Kerja Sarawak  Sibu  56 630 22 Kampung Jerulong Komuniti Kelantan Pasir Mas 12 12 23 Kampung Gual Tok Deh Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 6 24 Kampung Tasek Bakong Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 8 25 Kampung Pohon Buloh Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 18 26 Kampung Kangkong Komuniti Kelantan Pasir Mas 10 10 27 Jalan Waja Empat Tangkak Komuniti Johor Tangkak 13 14 28 Jalan Simpang Empat Tangkak Komuniti Johor Tangkak 11 17 29 Simpang Bakun Komuniti Sarawak Bintulu 42 133 30 Kampung Sikog Komuniti Sarawak Kuching dan Samarahan 67 77 31 Kampung Dusun Pak Seman Komuniti Pahang Lipis 11 67 32 Batu Labuan Komuniti WP Labuan Labuan 9 68 33 Kampung Ulu Groh Komuniti Perak Kampar 13 52 34 Jalan Belimbing Bukit Tengah Kumpulan Berisiko Tinggi Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 44 66 35 Jalan Jambu Mawar Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Kepong 13 19 36 Jalan Banjaran Dua Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 31 50 37 Pagar Sebrang Pusat Tahanan Sabah Keningau 29 29

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 4 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
 PERLIS 1.17
SARAWAK 1.13
JOHOR 1.10
TERENGGANU 1.05
PERAK 1.05
KELANTAN 1.05
PULAU PINANG 1.04
SABAH 1.02
KEDAH 0.99
PAHANG 0.97
WP PUTRAJAYA 0.93
SELANGOR 0.87
MELAKA 0.84
NEGERI SEMBILAN 0.81
WP KUALA LUMPUR 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.95

 

Loading...
Back To Top