Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 22/9 : New Cases- 14,990 | Total Cases- 2,142,924 |

 

Kenyataan Akhbar KPK 22 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,702 kes (1,917,088 kes kumulatif, 89.5%);
  • Kes baharu : 14,990 kes (2,142,924 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,985 kes [13,763 warganegara (91.8%);  1,222 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,115 kes (882 kes COVID-19; 233 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 618 kes (393 kes COVID-19; 225 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,354 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,048 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,306 kluster.

Daripada 14,990 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,652 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEPENTINGAN SISTEM PENGUDARAAN  DAN KUALITI UDARA DALAMAN YANG BAIK BAGI MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19

Sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa mengikut fasa yang ditetapkan. Ini adalah petanda yang positif namun pada masa yang sama, Kerajaan sememangnya sentiasa menekankan agar pembukaan ini dijalankan secara terancang bagi membendung penularan COVID-19.

Sehubungan itu, aspek pengudaraan di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah, termasuk juga kediaman merupakan antara perkara penting yang perlu dilihat sebagai salah satu strategi bagi mencapai hasrat Kerajaan ini.

Secara umumnya, terdapat tiga (3) jenis pengudaraan yang terdapat di bangunan-bangunan termasuk premis perniagaan dan ruangan tempat kerja, iaitu;

  1. Pengudaraan secara semula jadi;
  2. Sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat); dan
  3. Sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat).

Pengudaraan Secara Semula jadi

Bangunan yang mempunyai pengudaraan secara semula jadi mempunyai risiko yang rendah dalam penularan penyakit COVID-19 dan lain-lain penyakit bawaan udara. Ianya kerana ketumpatan virus yang berlegar di dalam udara membolehkan kesan jangkitan dapat dikurangkan melalui udara secara dilution.

Bangunan yang mempunyai pengudaraan secara semula jadi mempunyai risiko yang rendah dalam penularan penyakit COVID-19 dan lain-lain penyakit bawaan udara. Ianya kerana ketumpatan virus yang berlegar di dalam udara membolehkan kesan jangkitan dapat dikurangkan melalui udara secara dilution.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut perlu dilakukan sekiranya ruangan tersebut menggunakan sistem pengudaraan secara semula jadi;

  • Buka lebih daripada satu tingkap atau pintu pada bahagian/dinding yang sama (single sided ventilation) sekiranya boleh, kecuali kualiti udara luar tidak baik seperti jerebu dan pencemaran udara yang lain, ataupun keadaan cuaca di luar tidak mengizinkan;
  • Tingkatkan pengudaraan silang (cross ventilation) dengan membuka tingkap atau pintu bahagian bertentangan dan pastikan pintu di dalam ruangan sentiasa terbuka;
  • Buka semua tingkap di dalam ruangan untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara bersih yang lebih kerap; dan
  • Guna kipas untuk membantu meningkatkan peredaran udara dalaman.

Sistem Penyaman Udara Tanpa Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat)

Bagi premis atau ruangan dengan sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat), adalah disarankan agar premis dan ruangan tersebut;

  • Meningkatkan pengudaraan dalaman dengan membuka tingkap untuk membolehkan pertukaran udara bersih dengan lebih kerap ke dalam bangunan atau premis. Pastikan tingkap dibuka kecil sekiranya penghawa dingin digunakan;
  • Pasang kipas untuk menambah baik pergerakan udara;
  • Pasang kipas ekzos untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara; dan
  • Amat digalakkan untuk menetapkan suhu antara 23°C hingga 26°C.

Sistem Penyaman Udara Dengan Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara berpusat)

Perkara yang perlu diambil perhatian khususnya oleh majikan, pemilik premis dan individu-individu bertanggungjawab bagi menjamin kualiti udara yang baik di dalam bangunan bersistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal adalah;

  • Semua komponen dan kawalan sistem penyaman udara berpusat, Mechanical Ventilation and Air Conditioning (MVAC) ini hendaklah diselenggara dan berfungsi mengikut reka bentuknya. Seals penapis udara hendaklah dipantau bagi memastikan tiada udara melepasipenapis sedia ada dan penukaran penapis udara hendaklah mengikut frekuensi yang ditetapkan;
  • Meningkatkan pengudaraan udara bersih dari luar melalui bukaan outdoor air damper. Disable Demand Control Ventilation (DSV) di dalam sistem MVAC sekiranya ada;
  • Digalakkan supaya sistem MVAC beroperasi dengan pengambilan udara luar yang maksimum selama dua (2) jam sebelum dan selepas dihuni untuk mengeluarkan udara sedia ada (air flushing) di dalam premis tersebut;
  • Disarankan untuk menaiktaraf penggunaan penapis udara di Unit Pengendali Udara (Air Handling Unit) sedia ada kepada sekurang-kurangnya MERV-14;
  • Penggunaan alat pembersih udara dengan teknologi penapis udara jenis HEPA sebagai langkah tambahan di dalam sistem MVAC tersebut; dan
  • Sebarang pengubahsuaian dan pembaikan sistem MVAC sedia ada hendaklah mengambil kira keupayaan sistem sedia ada dan perlu dirujuk kepada MVAC Professional yang berkaitan.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan lain perlu dititik beratkan juga seperti menghadkan bilangan anggota dalam ruangan sempit, memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka, dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Panduan lanjut berkenaan pengudaraan semasa pandemik COVID-19 boleh didapati daripada sumber-sumber berikut;

  • WHO Roadmap to Improve And Ensure Good Indoor Ventilation in The Context of COVID-19, Mac 2021 (https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280); dan
  • (Guidance Note On Ventilation And Indoor Air Quality (IAQ) For Residential / Non-Residential / Public Area Setting During COVID-19 Pandemicoleh Kementerian Sumber Manusia dan KKM. (https:// www. dosh. gov. my/index.php/ms/ ) 

  NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,106 105.43 1,712 (1) 188,843
SELANGOR 2,117 31.06 2,414 (3) 664,022
JOHOR 1,983 49.85 1,880 184,218
SABAH 1,414 34.38 1,199 189,322
PULAU PINANG 1,379 75.55 1,224 122,597
PERAK 1,291 72.79 1,490 94,844
KELANTAN 1,217 60.93 1,573 106,330
KEDAH 1,005 43.73 1,007 128,551
TERENGGANU 726 55.02 852 50,188
PAHANG 722 27.44 688 59,091
WP KUALA LUMPUR 371 19.29 338 (1) 183,868
MELAKA 250 25.73 313 55,733
NEGERI SEMBILAN 151 12.90 170 96,053
PERLIS 57 21.42 97 3,371
WP PUTRAJAYA 25 26.37 30 5,956
WP LABUAN 5 5.20 3 9,937
MALAYSIA 15,822 46.21 14,990 (5) 2,142,924

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,990 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,414 87 1,165 3 1,159
JOHOR 1,880 119 947  – 814
SARAWAK 1,712 42 922 1 747
KELANTAN 1,573 57 1,056  – 460
PERAK 1,490 297 607  – 586
PULAU PINANG 1,224 36 358  – 830
SABAH 1,199 720  – 479
KEDAH 1,007 17 590  – 400
TERENGGANU
Loading...
white;">852 9 691  – 152 PAHANG 688 190 399  – 99 WP KUALA LUMPUR 338 15 139 1 183 MELAKA 313 45 101  – 167 NEGERI SEMBILAN 170 85  – 85  PERLIS 97 51  – 46 WP PUTRAJAYA 30 19  – 11 WP LABUAN 3 1  – 2 JUMLAH KESELURUHAN 14,990 914 7,851 5 6,220

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Bakri Batu Lapan Tempat Kerja Johor Muar 22 38
2 Industri Wawasan Sri Gading 16 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 16 61
3 Bendahara Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 10 30
4 Jalan Sungai Terah Tempat Kerja Kelantan Gua Musang 13 21
5 Jalan SK Pasir Puteh Tempat Kerja Kelantan Pasir Puteh 10 29
6 Jalan Ehsan Bandar Jengka Tempat Kerja Pahang Maran 19 72
7 Batu Empat Tapah Tempat Kerja Perak Batang Padang, Hilir Perak, Perak Tengah, dan Kampar 131 882
8 Jalan Bharu Satu Tempat Kerja Perak Kinta dan Perak Tengah 17 105
9 Jalan Wan Siew Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 42 67
10 Industri Jalan Enam Olak Lempit Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 24 95
11 Industri Persiaran Hamzah Alang Tempat Kerja Selangor Klang 20 355
12 Industri Lorong Sungai Puloh 1A Tempat Kerja Selangor Klang 20 50
13 Jalan Kent Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 17 42
14 Kampung Tok Betek Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 23
15 Kampung Sabak Baru Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 16
16 Kampung Buloh Melintang Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 13
17 Kampung Kenjing Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 10
18 Kampung Batu Karang Hulu Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 10
19 Kampung Sungai Gapoi Komuniti Pahang Bentong 70 211
20 Kampung Sungai Gabong Komuniti Pahang Bentong 47 235
21 Air Panas Gerik Pendidikan Lain Perak Hulu Perak 15 20
22 Bukit Salim Pendidikan Lain Perak Larut, Matang, dan Selama 16 20
23 Kampung Pinang Baru Pendidikan Lain Terengganu Dungun 58 75
24 Bandar Damansara Kuantan Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah KPM Pahang Kuantan 26 210
25 Batu 13 Jalan Puncak Borneo Pendidikan Tinggi Sarawak Kuching 24 47
26 Kampung Masjid Tanjung Kumpulan Berisiko Tinggi Perak Kinta 25 50

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 21 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
 PAHANG 1.05
 SARAWAK 1.04
 TERENGGANU 1.02
 PERAK 1.01
 JOHOR 0.99
 KELANTAN 0.99
 PERLIS 0.99
 PULAU PINANG 0.96
 WP PUTRAJAYA 0.96
 SABAH 0.90
 KEDAH 0.88
 MELAKA 0.88
 SELANGOR 0.87
 NEGERI SEMBILAN 0.86
 WP KUALA LUMPUR 0.83
 WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.95
Loading...
Back To Top