Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 21/9 : New Cases- 15,759 | Total Cases- 2,127,934 |

 

Kenyataan Akhbar KPK 21 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,650 kes (1,897,386 kes kumulatif, 89.2%);
  • Kes baharu : 15,759 kes (2,127,934 kes kumulatif);
  • Kes import :27 kes (11 warganegara; 16 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,732 kes [14,279 warganegara (90.8%);  1,453 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,117 kes (844 kes COVID-19; 273 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 635 kes (377 kes COVID-19; 258 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,328 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,013 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,315 kluster.

Daripada 15,759 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 288 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,471 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,536 120.00 3,732 187,131
SELANGOR 2,158 31.67 1,934 (8) 661,608
JOHOR 1,982 49.80 1,959 182,338
SABAH 1,528 37.15 1,291 188,123
PULAU PINANG 1,455 79.67 1,417 121,373
PERAK 1,246 70.24 1,184 93,354
KELANTAN 1,198 59.95 1,338 104,757
KEDAH 1,030 44.83 786 127,544
TERENGGANU 746 56.60 592 49,336
PAHANG 733 27.86 707 58,403
WP KUALA LUMPUR 374 19.43 359 (8) 183,530
MELAKA 233 23.93 264 55,420
NEGERI SEMBILAN 159 13.53 127 (1) 95,883
PERLIS 59 22.01 23 3,274
WP PUTRAJAYA 23 24.43 34 (1) 5,926
WP LABUAN 5 4.79 12 (9) 9,934
MALAYSIA 16,465 48.09 15,759 (27) 2,127,934

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 15,759 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 3,732 126 2,243  – 1,363
JOHOR 1,959 273 956  – 730
SELANGOR 1,934 71 1,005 8 850
PULAU PINANG 1,417 35 494  – 888
KELANTAN 1,338 100 786  – 452
SABAH 1,291 9 752  – 530
PERAK 1,184 230 432  – 522
KEDAH 786 3 519  – 264
PAHANG 707 97 454  – 156
TERENGGANU 592 14 454  – 124
WP KUALA LUMPUR 359 3 142 8 206
MELAKA 264 23 145  – 96
NEGERI SEMBILAN 127 4 65 1
Loading...
color: white;">57 WP PUTRAJAYA 34 25 1 8  PERLIS 23 10  – 13 WP LABUAN 12 9 3 JUMLAH KESELURUHAN 15,759 988 8,482 27 6,262

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Dua Jalan Teratai Tempat Kerja Selangor Klang 26 155
2 Industri Dua Jalan Waja 16 Tempat Kerja Selangor Kuala Langat dan Kuala Selangor 23 81
3 Industri Empat Jalan Rukun Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 9 28
4 Rapat 2 Tempat Kerja Perak Kinta dan Kampar 52 678
5 Industri Jalan Perusahaan Dua Kamunting Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 49 265
6 Jalan Industri 1/1 Tempat Kerja Perak Kampar 29 93
7 Panggong Lalat Tempat Kerja Kelantan Gua Musang 10 25
8 Kedai Pasir Tumboh Tempat Kerja Kelantan Bachok, Kota Bharu, dan Kuala Krai 9 16
9 Jalan Ban Foo Tempat Kerja Johor Johor Bahru 52 185
10 Kampung Pauh Sembilan Komuniti Kelantan Bachok 21 37
11 Kampung Limbat Dewan Beta Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 22
12 Kampung Chat Meranti Komuniti Kelantan Pasir Mas 14 15
13 Kampung Simpangan Komuniti Kelantan Tumpat dan Kota Bharu 12 17
14 Taman Tengku Ahmad Rithauden Komuniti Kelantan Kota Bharu 10 15
15 Kampung Bakong Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 8
16 Lembah Terpesok Komuniti Pahang Rompin 26 136
17 Lungkidau Komuniti Sabah Ranau 134 177
18 Jalan Saat Tangkak Komuniti Johor Tangkak 10 10
19 Batu 10 Jalan Oya Kumpulan Berisiko Tinggi Sarawak Sibu 36 82
20 Pusat Kemuyang Timur Kumpulan Berisiko Tinggi Sarawak Sibu 16 85
21 Jalan Murni 15 Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Muar 10 28
22 Jalan Komersial Setapak Pendidikan Lain WP Kuala Lumpur Titiwangsa 6 55
23 Jalan Kebun Nenas 4A Institusi Pendidikan Swasta yang Berdaftar di Bawah KPM Selangor Klang dan Kuala Langat 40 61


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 20 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
 PAHANG 1.07
 SARAWAK 1.04
 TERENGGANU 1.03
 PERAK 1.01
 JOHOR 0.99
 KELANTAN 0.99
 PERLIS 0.98
 PULAU PINANG 0.96
 SABAH 0.91
 WP PUTRAJAYA 0.91
 KEDAH 0.89
 MELAKA 0.89
 NEGERI SEMBILAN 0.86
 SELANGOR 0.85
 WP KUALA LUMPUR 0.84
 WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.93
Loading...
Back To Top