Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 20/9 : New Cases- 14,345 | Total Cases- 2,112,175 |

 

Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,814 kes (1,880,736 kes kumulatif, 89.0%);
  • Kes baharu : 14,345 kes (2,112,175 kes kumulatif);
  • Kes import : 43 kes (27 warganegara; 16 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,302 kes [13,072 warganegara (91.4%);  1,230 bukan warganegara (8.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,167 kes (906 kes COVID-19; 261 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 636 kes (407 kes COVID-19; 229 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,305 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,970 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,335 kluster.

Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 212 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA)

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dalam program “Kick-Off” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) pada hari ini, KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah;

  • Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
  • Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.

Justeru, KKM menyasarkan supaya;

  • 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
  • 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi.  Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting). Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

  • Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
  • Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
    • Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
    • Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
    • Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
    • Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
  • Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
  • Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PICK Remaja ini, KKM juga memohon kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan Malaysia (ATM), Majlis  Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan lmigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melancarkan proses pemberian vaksin COVID-19 di institusi dan populasi di bawah jagaan mereka.

Kejayaan negara dalam memerangi pandemik COVID-19 ini bergantung bukan sahaja kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, namun ianya juga memerlukan sokongan serta kerjasama padu daripada seluruh lapisan masyarakat. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Walaupun dengan liputan vaksinasi yang menyeluruh kelak, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan mengamalkan norma-norma baharu agar seluruh sektor ekonomi dan sosial di negara ini dapat dibuka dengan selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,286 111.54 3,611 183,399
SELANGOR 2,258 33.13 1,365 (5) 659,674
JOHOR 1,979 49.75 1,598 (24) 180,379
SABAH 1,594 38.76 1,255 186,832
PULAU PINANG 1,488 81.49 1,170 (1) 119,956
KELANTAN 1,210 60.57 1,050 (1) 103,419
PERAK 1,199 67.59 1,090 (3) 92,170
KEDAH 1,091 47.45 967 (2) 126,758
PAHANG 741 28.14 779 57,696
TERENGGANU 731 55.46 804 48,744
WP KUALA LUMPUR 382 19.86 307 (5) 183,171
MELAKA 241 24.73 162 (1) 55,156
NEGERI SEMBILAN 161 13.74 125 (1) 95,756
PERLIS 60 22.33 51 3,251
WP PUTRAJAYA 21 21.45 11 5,892
WP LABUAN 5 4.79 0 9,922
MALAYSIA 16,447 48.04 14,345 (43) 2,112,175

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,345 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 3,611 219 2,437 –  955
JOHOR 1,598 216 799 24 559
SELANGOR 1,365 23 785 5 552
SABAH 1,255 86 602  – 567
PULAU PINANG 1,170 23 444 1 702
PERAK 1,090 135 406 3 546
KELANTAN 1,050 59 666 1 324
KEDAH 967 1 690 2 274
TERENGGANU 804 9 654
Loading...
padding: 10px 13.3333px;"> – 141 PAHANG 779 200 482  – 97 WP KUALA LUMPUR 307 133 5 169 MELAKA 162 19 80 1 62 NEGERI SEMBILAN 125 2 73 1 49  PERLIS 51 13  – 38 WP PUTRAJAYA 11 9  – 2 WP LABUAN  – JUMLAH KESELURUHAN 14,345 992 8,273 43 5,037

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20  SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Tongkang Pechah 14 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 49 61
2 Industri Sri Sulong Dua Tempat Kerja Johor Batu Pahat 20 158
3 Batu Sembilan Bakri Tempat Kerja Johor Muar 17 27
4 Jalan Industri A1 Penawar Tempat Kerja Johor Kota Tinggi dan Kulai 16 60
5 Tapak Bina Mutiara Perdana Tempat Kerja Johor Batu Pahat 12 52
6 Industri Jalan Johan 2/6 Tempat Kerja Perak Kinta 33 180
7 Jalan David Sung Tempat Kerja Perak Manjung 16 187
8 Jalan Pusat Perniagaan Silibin Dua Tempat Kerja Perak Kinta 11 82
9 Industri Jalan Kepa Tempat Kerja Kelantan Gua Musang 28 65
10 Jalan Gajah Mati Kota Bharu Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Pasir Puteh, dan Pasir Mas 23 33
11 Sawit M1 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 38 112
12 Industri Kompleks Perabut 2 Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 25 255
13 Industri Pegoh Tempat Kerja Melaka Alor Gajah 22 229
14 Jalan Bintulu-Miri 3 Komuniti Sarawak Bintulu 45 76
15 Chama Ajai Komuniti Sarawak Beluru 27 60
16 Ulu Lubai Komuniti Sarawak Limbang 16 88
17 Sungai Separai 2 Komuniti Sarawak Tatau 12 52
18 Kampung Seterpa Peringat Komuniti Kelantan Kota Bharu 17 17
19 Jalan Kampung Baloh Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 15
20 Kampung Belukar Aur Cina Komuniti Kelantan Pasir Mas 10 10
21 Sawit Sri Meranti Komuniti Pahang Kuantan 27 540
22 Jalan Seri Impian Satu Kluang Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kluang 30 56
23 Tompok Utara Satu Import Johor Johor Bahru 24 31

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 19 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
PAHANG 1.06
SARAWAK 1.04
PERAK 1.02
 TERENGGANU 1.02
JOHOR 1.00
KELANTAN 1.00
PULAU PINANG 0.97
PERLIS 0.95
WP PUTRAJAYA 0.93
SABAH 0.91
  KEDAH 0.89
MELAKA 0.89
NEGERI SEMBILAN 0.85
SELANGOR 0.83
WP KUALA LUMPUR 0.82
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.92
Loading...
Back To Top