Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 19/9 : New Cases- 14,954 | Total Cases- 2,097,830 |

Kenyataan Akhbar KPK 19 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 23,469 kes (1,863,922 kes kumulatif, 88.9%);
  • Kes baharu : 14,954 kes (2,097,830 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (9 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,943 kes [13,580 warganegara (90.9%);  1,363 bukan warganegara (9.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,194 kes (882 kes COVID-19; 312 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 665 kes (401 kes COVID-19; 264 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,282 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,934 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,348 kluster.

Daripada 14,954 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 243 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,711 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,274 111.12 2,707 (5) 179,788
SELANGOR 2,343 34.38 2,028 658,309
JOHOR 2,046 51.43 1,948 178,781
SABAH 1,645 40.01 1,356 185,577
PULAU PINANG 1,499 82.09 1,259 (1) 118,786
KELANTAN 1,212 60.63 1,420 (2) 102,369
PERAK 1,188 66.98 1,222 91,080
KEDAH 1,123 48.85 809 125,791
PAHANG 754 28.63 705 56,917
TERENGGANU 717 54.38 671 47,940
WP KUALA LUMPUR 394 20.47 383 (3) 182,864
MELAKA 247 25.35 207 54,994
NEGERI SEMBILAN 166 14.12 144 95,631
PERLIS 58 21.74 76 3,200
WP PUTRAJAYA 21 22.20 19 5,881
WP LABUAN 7 6.29 0 9,922
MALAYSIA 16,693 48.76 14,954 (11) 2,097,830

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,954 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,707 67 1,682 5 953
SELANGOR 2,028 32 1,363 –  633
JOHOR 1,948 317 967  – 664
KELANTAN 1,420 16 1,001 2 401
SABAH 1,356 11 766  – 579
PULAU PINANG 1,259 115 459 1 684
PERAK 1,222 262 423  – 537
KEDAH 809 22 495  – 292
PAHANG 705 148 432  – 125
TERENGGANU 671 3 502  – 166
WP KUALA LUMPUR 383 4
Loading...
style="background-color: #990000; color: white;">163 3 213 MELAKA 207 36 95  – 76 NEGERI SEMBILAN 144 5 75  – 64  PERLIS 76 39  – 37 WP PUTRAJAYA 19 16  – 3 WP LABUAN  – JUMLAH KESELURUHAN 14,954 1,038 8,478 11 5,427

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 19 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Jalan Haji Kamisan Tempat Kerja Johor Segamat dan Batu Pahat 124 342
2 Industri Sulong Utama Lapan Tempat Kerja Johor Batu Pahat 19 47
3 Tanjong Laboh Tiga Setengah Tempat Kerja Johor Batu Pahat 6 66
4 Dah Asam Industri Kubang Pasu Tempat Kerja Kedah Kubang Pasu 30 51
5 Batu Lapan Lepar Tempat Kerja Pahang Pekan dan Kuantan 46 211
6 Ladang Endau Tempat Kerja Pahang Rompin 30 46
7 Industri Bukit Koman Tempat Kerja Pahang Raub 20 200
8 Pasar Tanah Rata Tempat Kerja Pahang Cameron Highlands 15 60
9 Industri Rishah 14 Tempat Kerja Perak Kinta 107 325
10 Pangkor Laut Tempat Kerja Perak Manjung 59 243
11 Tapak Bina Jalan Trek Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 50 120
12 Jalan Taman Raja Tempat Kerja Sarawak Miri dan Subis 24 151
13 Jalan Ara Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 14 23
14 Jalan Sungai Mas Komuniti Johor Kota Tinggi 19 89
15 Bukit Tajau Komuniti Pahang Maran dan Temerloh 17 37
16 Kampung Baru Nelayan Komuniti Selangor Sabak Bernam 14 46
17 Kampung Siram Hulu Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 8
18 Kampung Selamat 2 Pusat Tahanan Pulau Pinang Seberang Perai Utara 37 50
19 KM19 Jalan Kuching-Serian Kumpulan Berisiko Tinggi Sarawak Kuching 18 94


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 18 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.08
PAHANG 1.05
TERENGGANU 1.05
JOHOR 1.01
PERAK 1.01
PULAU PINANG 0.99
KELANTAN 0.97
WP PUTRAJAYA 0.93
MELAKA 0.92
PERLIS 0.92
 SABAH 0.91
KEDAH 0.91
NEGERI SEMBILAN 0.86
SELANGOR 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.94
Loading...
Back To Top