Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 17/9 : New Cases- 17,577 | Total- 2,067,327 |

Loading...

 

Kenyataan Akhbar KPK 17 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

17 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 22,970 kes (1,823,248 kes kumulatif, 88.2%);
  • Kes baharu : 17,577 kes (2,067,327 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 warganegara);
  • Kes tempatan : 17,574 kes [15,438 warganegara (87.8%);  2,136 bukan warganegara (12.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,223 kes (891 kes COVID-19; 332 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 720 kes (410 kes COVID-19; 310 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,247 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,860 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,387 kluster.

Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 17,333 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 September 2021 @ 6:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,761 127.64 3,480 174,152
SELANGOR 2,453 36.00 2,646 654,286
JOHOR 2,076 52.19 2,334 174,625
SABAH 1,786 43.43 1,533 182,826
PULAU PINANG 1,575 86.29 1,462 116,152
KEDAH 1,231 53.58 1,173 123,909
KELANTAN 1,216 60.85 869 99,735
PERAK 1,210 68.24 1,596 88,738
TERENGGANU 782 59.32 719 46,514
PAHANG 749 28.44 832 55,578
WP KUALA LUMPUR 419 21.75 366 (2) 182,099
MELAKA 299 30.71 287 54,524
NEGERI SEMBILAN 195 16.59 198 (1) 95,356
PERLIS 62 23.24 41 3,091
WP PUTRAJAYA 22 23.09 31 5,831
WP LABUAN 6 5.47 10 9,911
MALAYSIA 17,842 52.11 17,577 (3) 2,067,327

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 17,577 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 3,480 176 2,311  – 993
SELANGOR 2,646 79 1,352  – 1,215
JOHOR 2,334 162 1,389  – 783
PERAK 1,596 484 444  – 668
SABAH 1,533 73 852  – 608
PULAU PINANG 1,462 238 463  – 761
KEDAH 1,173 11 677  – 485
KELANTAN 869 37 496  – 336
PAHANG 832 233 482  – 117
TERENGGANU 719 9 571  – 139
WP KUALA LUMPUR 366 12 193 2 159
MELAKA 287 31 139  – 117
NEGERI SEMBILAN 198 9 130 1 58
 PERLIS 41 13  – 28
WP PUTRAJAYA 31 25  – 6
WP LABUAN 10  – 10
JUMLAH KESELURUHAN 17,577 1,554 9,537 3 6,483

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Perindustrian Bakri Tempat Kerja Johor Muar 39 79
2 Industri PLO 80 Tempat Kerja Johor Kulai 10 38
3 Industri Jalan Usaha Tiga Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah dan Alor Gajah 33 265
4 Industri Kechau Tui Tempat Kerja Pahang Lipis 49 266
5 Jalan Simpang Pulai Cameron Tempat Kerja Perak Kinta 257 355
6 Taman Industri Pelabuhan 2 Tempat Kerja Perak Manjung 55 1,291
7 Industri Jalan Logam Empat Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 42 282
8 Pasar Sungai Siput Tempat Kerja Perak Kuala Kangsar 31 73
9 Tapak Bina Jalan Langat Bestari Tempat Kerja Selangor Klang dan Kuala Langat 189 340
10 Industri Anggerik Mokara 48 Tempat Kerja Selangor Klang, Petaling, Gombak, dan Hulu Langat 28 159
11 Jalan Dwitasik Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 8 10
12 Dah Kampung Permatang Komuniti Kedah Bandar Baharu 24 53
13 Kampung Padang Kemachi Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 16
14 Jalan Merpati Guru Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 17
15 Taman Selinsing Komuniti Pahang Lipis 18 155
16 Kampung Sungai Koi Komuniti Pahang Jerantut 10 36
17 Sungai Pana Komuniti Sarawak Beluru dan Miri 34 149
18 Jalan Susur Kulai Satu Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kulai 12 68
19 Jalan Mas Kulai Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kulai 10 37


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 16 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.11
PERAK 1.04
TERENGGANU 1.04
 PERLIS 1.03
PAHANG 1.02
JOHOR 1.01
PULAU PINANG 1.01
KELANTAN 1.00
SABAH 0.93
MELAKA 0.91
KEDAH 0.88
NEGERI SEMBILAN 0.86
WP PUTRAJAYA 0.86
SELANGOR 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.82
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.98
Loading...
Back To Top