Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bukit Aman Sahkan Nur Sajat Ditahan Imigresen Thailand, Sedang Pohon Ekstradisi

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat


Bukit Aman sahkan Nur Sajat ditahan Imigresen Thailand, sedang pohon ekstradisi

Astro Awani
21/9/2021

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak Imigresen Thailand.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam satu kenyataan, Muhammad Sajjad, 36, ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda.

“Suspek turut dikehendaki di Malaysia bersabit
Loading...
Seksyen 9 Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Sekyen 353 Kanun Keseksaan.

“Ia kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.

Pada masa sama, Abd Jalil mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kesnya yang dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.






Loading...
Back To Top