Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ahli Parlimen BN Lompat Parti Disifatkan Sebagai Tidak Bermaruah, Dayus - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Ahli Parlimen BN lompat parti disifatkan sebagai tidak bermaruah, dayus - Ahmad Zahid

Astro Awani
19/9/2021

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti disifatkan sebagai tidak bermaruah dan dayus.

Demikian kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap secara dalam talian pada Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia yang ke-13.

Beliau berkata, gabungan itu telah dikhianati akibat perbuatan anggota BN yang jelas mencabul amanah yang diberikan kepada mereka.

"Sememangnya BN merasakan rasa dikhianati terdapat apabila ahli-ahli Parlimennya
Loading...
melompat, ini kerana kuasa, kerana wang tunai dan ketakutan terhadap pertuduhan kononnya mahu mengelak daripada 'kluster mahkamah' selepas kita tewas.

"BN juga perlu memikirkan suatu cara bagi mencegah lompat-melompat lagi, iaitu perbuatan yang tidak bermaruah... perbuatan yang tidak bermaruah dan saya sifatkan mereka sebagai dayus," katanya di sini pada Ahad.

Katanya, meskipun ada cadangan untuk menggubal Akta Lompat Parti seperti yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, namun orang ramai tidak boleh alpa sama ada akta itu diluluskan atau sebaliknya.

"Kita perlu bersiap siaga dari sekarang dengan mengikat kesetiaan dengan ahli-ahli dan kepimpinan parti dan bakal-bakal calon," ujarnya.



Loading...
Back To Top