Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

487 Kes Kematian Baharu, 161 Brought In Death (BID) Setakat Rabu

Loading...


COVID-19: 487 kes kematian baharu, 161 BID setakat Rabu

Astro Awani
23/9/2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 487 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam Rabu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 24,565 kes.
Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, sejumlah 161 daripada jumlah kes kematian harian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 106 kes.

Antara lain, data tersebut turut menunjukkan kes aktif setakat ini adalah 201,274 kes.

Mereka yang perlu menjalani kuarantin di rumah adalah 83.6 peratus dengan kadar penggunaan katil di hospital pada 72.9 peratus di seluruh negara.

Loading...
Back To Top