• About
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Term of Service
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Plus
  • Linkedin
  • Pinterest
  • YouTube
  • RSS

Malay Berujar

Berita Malaysia dan negara Tetangga

Menu
  • Home
Loading...
Beranda » 💫BEST FBKL » Berita » Terbaru » Unik » Viral » Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam semalam berakhir selepas dua jam

Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam semalam berakhir selepas dua jam

Sabtu, 21 Agustus 2021
Bagikan :
Tweet
Loading...



Mesyuarat khas MPT Bersatu berakhir selepas dua jam
ASTRO AWANI
Ogos 21, 2021 23:22 MYT

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu media, mesyuarat itu hanya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli MPT mengenai situasi semasa politik di negara ini. - Foto Astro AWANI/Firdaus Azil

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini berakhir kira-kira 11 malam, selepas dua jam berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.
Ia dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional, dan Presiden Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu media, mesyuarat itu hanya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli MPT mengenai situasi semasa politik di negara ini.


“Perjumpaan tadi untuk menjelaskan beberapa perkara yang kadang-kala (terjadi) apabila bila isu seperti ini timbul. Kita hanya nak maklumkan sahaja bagaimana peristiwa kemelut politik dan isu semasa.

“Itu sahaja kita lakukan demi masa depan kita bersama. Perdana Menteri baharu ini mendapat sokongan daripada kami Bersatu dan juga parti komponen Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Terdahulu, media difahamkan mesyuarat itu bagi membincangkan hala tuju Bersatu menjelang pembentukan Kabinet baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara yang hadirTimbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Radzi Jidin, serta Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Selain itu, turut kelihatan Ahli MPT Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Ketua Wanita Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun, dan seorang lagi Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Dalam pada itu Azmin berkata, beliau menzahirkan sokongan kepada Ismail Sabri untuk terus menerajui Kerajaan Perikatan Nasional.

“Datuk Seri Ismail akan terus ketuai Kerajaan PN, dan fokus kita kini untuk menangani masalah sedia ada seperti pandemik COVID-19, dan memacu semula pemulihan ekonomi,” komennya ringkas.


Loading...
Tag : 💫BEST FBKL, Berita, Terbaru, Unik, Viral
Previous
Posting Lebih Baru
Next
Posting Lama

Artikel Terpopuler

  • Lim Guan Eng Received Salary Of RM44,375 A Month As Chief Minister - Witness
  • US Secretary Of State Antony Blinken Calls On Ismail Sabri
  • New 5G Project Not The Same As 1MDB
  • 10 Die, 21 Rescued After Boat Capsizes In Tanjung Balau
  • Sarawak Allows Hiring Of Foreign Workers from January 1
  • COVID-19 vaccine: Additional RM20 Billion Approved
  • Italy Extends Covid-19 State Of Emergency, Imposes Swab For EU Visitors
  • 691 kes baru, 4 kematian, 31 di ICU
  • Sejarah Anugerah Oscar Filem Hollywood
  • Diskaun Saman JPJ Dilanjut Hingga 31 Disember Ini

Arsip Blog

Loading...
Copyright © 2015 : Malay Berujar - All Rights Reserved
Template by
Back To Top