Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia Overview: RECORD NUMBER OF DEATHS TODAY- 318 | New Cases- 21,668 | Total - 1,342,215 | Active - 237,021

Kenyataan Akhbar KPK 12 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,687 kes (1,093,503 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 21,668 kes (1,342,215 kes kumulatif);
  • Kes import : 58 kes (20 warganegara, 38 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 21,610 kes [18,332 warganegara (84.8%);  3,278 bukan warganegara (15.2%)];
  • Kes aktif : 237,021 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 543 kes;
  • Kes kematian : 318 kes [11,691 kes kumulatif, 0.87%; 256 warganegara, 62 bukan warganegara; 93 kes BID (57 warganegara; 36 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 4,079 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 45 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,798 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,281 kluster.

Daripada 21,668 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 440 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,228 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,720 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi iaitu yang telah lengkap dua minggu selepas dos kedua vaksinasi. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 318 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 118 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 10 kes di Pulau Pinang dan Melaka, sembilan (9) kes di Perak, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, serta masing-masing empat (4) kes di Sarawak, Kelantan, dan Terengganu.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, dan kluster-kluster baharu, adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 11 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 11 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.40) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.23), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,626 98.7 6,278 (2) 491,292
WP KUALA LUMPUR 2,048 107.2 2,436 (55) 148,846
KEDAH 1,405 62.0 2,143 63,433
SABAH 1,289 31.9 2,052 100,031
JOHOR 1,257 32.0 1,706 106,427
NEGERI SEMBILAN 905 77.9 899 (1) 82,470
KELANTAN 868 44.3 972 53,633
PULAU PINANG 866 47.9 1,229 56,633
PERAK 721 27.6 930 47,570
SARAWAK 662 22.8 1,216 84,603
PAHANG 534 30.5 629 31,482
MELAKA 472 48.5 494 37,652
TERENGGANU 445 34.4 594 22,782
WP PUTRAJAYA 66 69.9 56 4,717
PERLIS 18 6.6 23 910
WP LABUAN 11 10.9 11 9,734
MALAYSIA 18,199 53.2 21,668 (58) 1,342,215

 LAMPIRAN 3

Perincian 21,668 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,278 335 3,321 2 2,620
WP KUALA LUMPUR 2,436 171 1,071 55 1,139
KEDAH 2,143 67 1,186 890
SABAH 2,052 91 1,154 807
JOHOR 1,706 205 1,083 418
PULAU PINANG 1,229 181 418 630
SARAWAK 1,216 215 789 212
KELANTAN 972 129 613 230
PERAK 930 99 448 383
NEGERI SEMBILAN 899 43 508 1 347
PAHANG 629 117 307 205
TERENGGANU 594 120 344 130
MELAKA 494 107 263 124
WP PUTRAJAYA 56 40 16
PERLIS 23 17 6
WP LABUAN 11 1 9 1
JUMLAH KESELURUHAN 21,668 1,881 11,571 58 8,158

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Parit Abdul Rahman Tempat Kerja Johor Pontian 36 327
2 Industri Senai PLO 84 Tempat Kerja Johor Kulai 35 84
3 Persiaran SILC Tempat Kerja Johor Johor Bahru 22 66
4 Jalan Sutera Sentosa Satu Tempat Kerja Johor Johor
Loading...
Bahru 10 33 5 Ladang Sindora Tempat Kerja Johor Kluang 10 129 6 Jalan Tampoi Gembira Tempat kerja Johor Johor Bahru 10 265 7 Simpang Empat Pauh Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 13 22 8 Jalan Sri Cemerlang Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Machang 11 19 9 Jalan Pintu Pong Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Pasir Puteh 11 20 10 Blue Valley  Kampung Raja Tempat Kerja Pahang Cameron Highlands 21 142 11 Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 76 194 12 Jalan Baru Batu Maung Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 51 811 13 Sungai Kluang Empat 2 Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya dan Timur Laut 39 2,070 14 Lorong IKS Juru Tujuh Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 14 47 15 Bandar Riyal Tempat Kerja Sarawak Samarahan, Asajaya, dan Simunjan 64 496 16 Lubuk Bukut Tempat Kerja Sarawak Mukah dan Sibu 40 346 17 Tapak Bina Jalan Panglima Hitam Tempat Kerja Selangor Klang 122 928 18 Industri Jalan Telipot Empat Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 97 151 19 Industri Bangi P10/14 Tempat Kerja Selangor Hulu Langat, Petaling, dan Sepang 82 122 20 Industri Jalan Azalea Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 50 220 21 Industri Perigi Nanas Tujuh Tempat Kerja Selangor Klang 49 241 22 Industri Integrasi Rawang 3/2 Tempat Kerja Selangor Gombak 37 80 23 Industri Korporat Dua Tempat Kerja Selangor Klang 27 80 24 Industri Ulu Tinggi Bestari Jaya Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 18 37 25 Industri Kampung Gumut Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 9 32 26 Jalan Kampung Tiong Tempat kerja Terengganu Kuala Terengganu dan Marang 48 84 27 Tapak Bina Jalan Segambut Kuching Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 52 205 28 Tapak Bina Lebuhraya Setiawangsa Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa dan Lembah Pantai 32 50 29 Tapak Bina Jalan Maju 13 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 10 152 30 Tapak Bina Awan Lembah 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 8 524 31 Kampung Pinggir Simpang Renggam Komuniti Johor Kluang 28 45 32 Kampung Kuau Melawi Komuniti Kelantan Bachok 16 38 33 Kampung Serungga Komuniti Kelantan Pasir Mas 12 21 34 Kampung Tambak Banggu Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Bachok 10 16 35 Mokek Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah 17 47 36 Pulau Keladi Komuniti Pahang Pekan 24 141 37 Triang Maju Komuniti Pahang Bera 22 80 38 Jalan Kota Bahru Komuniti Perak Kampar 32 95 39 Kampung Batu Linting Komuniti Sabah Kuala Penyu 29 46 40 Dabai Baruh Komuniti Sarawak Betong 33 163 41 Bungey 2 Komuniti Sarawak Betong dan Pusa 28 86 42 Jalan Stadium Tujuh Kumpulan Berisiko Tinggi Kelantan Kota Bharu 18 39 43 Jalan Manggis Intan Kumpulan Berisiko Tinggi Perak Hilir Perak 18 52 44 Jalan Sunsuria Pendidikan Tinggi Selangor Sepang 17 481 45 Jalan Panchor Muar Pendidikan Tinggi Johor Muar 7 147


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 11 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.40
WP KUALA LUMPUR 1.23
KELANTAN 1.23
SABAH 1.16
PULAU PINANG 1.16
PERAK 1.15
JOHOR 1.13
SARAWAK 1.12
TERENGGANU 1.12
KEDAH 1.12
PAHANG 1.09
NEGERI SEMBILAN 1.05
MELAKA 1.03
SELANGOR 1.01
WP PUTRAJAYA 0.97
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.06

 

Loading...
Back To Top